Tuesday, 23 November 2010

BuKan gaGaL taPi beLum berJaya

Saudara Bukan Gagal tetapi Belum Berjaya

Saudara Rasa Diri Saudara Gagal?

Mungkin sebab itulah saudara membaca artikel ini, saudara hendak menjadi orang yang sangat berjaya. Adakah selama ini saudara berasa diri saudara orang yang gagal? Jangan fikir begitu.

Dalam sejarah dunia, Tuhan menunjukkan betapa fitrah alam menguji orang-orang yang hendak berjaya. Kadangkala ada perkara yang kita benci, tetapi ia baik bagi kita. Ada juga perkara yang kita suka, tetapi ia memudaratkan diri. Tuhan menyebut dengan jelas dalam surah al-Baqarah ayat 216, ”... dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.”

Jangan sedih apabila selama ini saudara seringkali tidak mencapai apa yang diidamkan. Saudara bukannya gagal. Tetapi ’belum berjaya’. Mari kita tengok beberapa contoh kisah orang yang tidak pernah berasa gagal, sebaliknya terus berusaha kerana mereka yakin dengan kejayaan mereka..



Kolonel Sanders dan Resipi Rahsianya



Kenal tak saudara dengan Kolonel Sanders. Beliau adalah orang yang mencipta resipi ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC). Beliau mencipta nama dan kejayaan dengan resipi itu. Kolonel Sanders bersara pada usia 65 tahun. Semasa menerima duit pencen pertamanya, Kolonel Sanders berasa kecewa dan tidak berpuas hati. Namun, beliau tidak menyalahkan orang lain kecuali dirinya berkenaan jumlah kecil yang diperoleh itu. Beliau seterusnya memutuskan hendak mencadangkan resipi ayam goreng milik keluarganya kepada sebuah restoran. Tetapi malang, resipinya itu ditolak mentah-mentah. Apa yang berlaku kemudiannya?

Kolonel Sanders tidak putus asa. Baginya, dia tidak gagal, Cuma belum berjaya. Dia terus mencuba, sehingga orang ke 1000 pn masih menolak resipi kebanggaannya itu. Namun dia tidak berasa gagal, dia masih yakin dengan kejayaannya, Cuma kejayaan itu belum tiba lagi. Akhirnya, dia bertemu dengan orang ke-1009 dan dia pun berkata, ”Hmm... resipi ini sungguh bagus!”

Sembilan tahun kemudian, selepas perniagaannya maju, Kolonel Sanders menjual perniagaannya dengan harga US$2,000,000. Kini, rangkaian restoran KFC ada di merata-rata dunia, digemari oleh setiap lapisan masyarakat. Sekiranya Kolonel Sanders berasa dirinya sudah gagal dan berputus asa, adakah beliau akan berjaya membina empayar perniagaan seperit itu? Sudah tentu tidak! Jadi, kenapa saudara perlu berasa kecewa dan gagal?

Thomas Alva Edison pernah berkata, ”Ilham orang yang genius hanya menyumbangkan satu peratus kepada kejayaan, manakala 99 peratus lagi adalah usaha yang gigih.” Beliau membuktikan kegigihannya dengan bekerja selama 18 jam sehari, beliau mengambil masa sepuluh tahun bagi menghasilkan bateri nikel-besi-kadmium. Beliau melakukan klasifikasi kepada 17,000 jenis tumbuhan sebelum berjaya mengeluarkan lateks daripada satu jenih tumbuhan sahaja. Beliau juga mencipta lampu selepas berusaha lebih 10,000 kali. Akhirnya, beliau membuktikan kejayaannya apabila berjaya mempatenkan sebanyak 1093 jenis rekaan, wapaupun hanya menghadiri sekolah selama enam bulan sahaja. Apabila saudara mengatakan saudara gagal, adakah saudara sudah melakukan seperti yang Edison lakukan?

Ada banyak lagi contoh sejarah yang membuktikan hampir semua nama-nama besar dan terkenal adalah mereka yang mencipta sejarah sesudah mencuba ribuan kali. Nelson Mandela menjadi presiden Afrika Selaran selepas dipendarakan hampir sku abad. Goodyear mencuba hampir 10 tahun sebelum menemui kaedah bagi mengkomersialkan getah. Boon Siew, walaupun tidak tahu membaca dan menulis mampu menjadi jutawan dan memberikan peluang pekerjaan kepada ribuan pekerja hanya kerana kegigihannya.

Ada pepatah Inggeris menyebut yang bermaksud, ’Apabila perjalanan menjadi sukar, kesukaran akan memulakan perjalanan.’ Ini bertepatan dengan ayat Quran dalam surah al-Insyirah, di mana Tuhan menyebut, ”Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan ada kesenangan.”

Dalam pengurusan kerja dan masa pun begitu juga. Mungkin saudara berasa bahawa saudara adalah jenis orang yang gemar menangguhkan masa dan tidak mungkin saudara boleh berubah. Nanti dulu! Jangan fikir saudara orang yang gagal, kerana ia hanya akan memudaratkan diri saudara. ”Orang yang berhenti tidak akan menang, dan orang yang menang tidak akan berhenti.” oleh itu jangan berhenti sekarang, jadilah orang yang berjaya!

Sumber: 55 Petua Orang Berjaya (Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...