Friday, 26 November 2010

Cinta Lombok

25 November 2010 (Khamis).. sekali lagi cerita wanita Malaysia yang lari ke Lombok terpampang di surat khabar. Kali ni nasib wanita yang bernama Harlizan yg berasal dari Terengganu pulak.. Dia dikatakan tertekan akibat ditinggalkan kekasihnya yg bernama Asitah.. Asitah dipercayai kembali ke Malaysia.. Sejak setahun 3 bulan mengikut kekasihnya itu, dia telah melahirkan seorang anak lelaki.

 

-Gambar perhiasan-

x salah kita jatuh cinta @ nak bercinta.. x kisah melayu ke, cina ke, india ke, indon ke @ mana2 yg berkenan di hati.. tapi mesti laa betul pada tempatnya.. sanggupkah kita meninggalkan ibu bapa yang telah memberikan kasih sayang kepada kita bertahun2 lamanya demi kekasih hati yg baru dikenali setahun dua? berkahwin tidak mengikut prosedur @ hukum agama yg sebenar..

"Cinta Itu Buta".. kata2 kalimat yg selalu aku dengar dari mulut remaja sekarang @pun pendapat diorang tentang cinta. Memang tidak dinafikan cinta itu tidak mengenal rupa paras @ usia, tetapi kita sebagai insan yg berpegang dengan agama perlulah berfikir lebih panjang sebelum membuat keputusan.. baik buruk keputusan akan kene pada diri kita sendiri jugak.. oleh itu aku berharap dan berdoa agar kita sama2 dijauhkan dari perkara2 yg boleh memudharatkan kita sendiri.. insyaallah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...