Monday, 29 November 2010

meNembak berSama RELA..

Kenangan yg xdpt aku lupakan.. 1st time aku menembak ni.. dlu masa kadet kat sekolah terlepas nak join.. memang best laa menembak ni.. skali menembak rasa nak lagi.. huhu


ni tgh tggu bas nak betolak..

begambar beramai2 dlu sblm betolak..

kami disambut baik oleh RELA..

aku dok belakang je.. malu nak dok depan.. aku pemalu orangnye.. haha

kami dipertontonkan kawat kaki oleh pasukan RELA... rasa nak masuk padang join skali.. hehe
sesi menembak dh bermula.. aku dah x sabar dah tu.. hehe

haHa.. semua tutup telinga.. baju biru tu dh macam nak azan.. hehe

giliran aku dah sampai.. huhu.. muka neves semacam.. FOKUSS..haha


kita menembak gune pistol dulu.. hehe..


ada 3 cara menembak.. dalam kedudukan duduk..

kedudukan meniarap..

dan kedudukan berdiri..


x sangka team aku berjaya ke peringkat akhir dlm pertandingan yg diadakan.. lawan RELA pulak tu.. hehe

akhirnya team aku MENANG!!! huHU..

rasa pahlawan laa aritu.. heHe.. syoK giler..

Saturday, 27 November 2010

Wali Band - Egokah Aku Lirik

Egokah Aku
oleh: Wali Band


Ku… tak pernah merasa
Gundah di hatiku, Ketika denganmu
Saat kau, Kau belai rambutku

Kau temani aku, Kau basuh lukaku


Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku


Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu



Sadarkah kini ku tak rela
Indahku telah sirna
Mimpiku tak nyata


Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku


Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku


Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu







Friday, 26 November 2010

Sup Telur Berhalia

Tiba2 terasa lapaa.. ermM.. nak kongsi sikit laa resepi org2 bujang mcm aku nie.. haha..


Sup Telur Berhalia
Bahan-Bahan:
4 biji telur
4 cawan air
Minyak masak
Garam secukupnya


Bahan dihiris:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara:
Panaskan minyak masak di dalam periuk. Apabila minyak sudah panas, tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris.


Biarkan sehingga naik bau. Setelah itu masukkan air. Biarkan sehingga air mendidih. Kemudian masukkan telur dan garam.


Biarkan selama 3 minit dan bolehlah dihidangkan.


p/s: senang kan?? apa lagi masak laa sendiri.. jgn asyik mak je masak.. :P

Cinta Lombok

25 November 2010 (Khamis).. sekali lagi cerita wanita Malaysia yang lari ke Lombok terpampang di surat khabar. Kali ni nasib wanita yang bernama Harlizan yg berasal dari Terengganu pulak.. Dia dikatakan tertekan akibat ditinggalkan kekasihnya yg bernama Asitah.. Asitah dipercayai kembali ke Malaysia.. Sejak setahun 3 bulan mengikut kekasihnya itu, dia telah melahirkan seorang anak lelaki.

 

-Gambar perhiasan-

x salah kita jatuh cinta @ nak bercinta.. x kisah melayu ke, cina ke, india ke, indon ke @ mana2 yg berkenan di hati.. tapi mesti laa betul pada tempatnya.. sanggupkah kita meninggalkan ibu bapa yang telah memberikan kasih sayang kepada kita bertahun2 lamanya demi kekasih hati yg baru dikenali setahun dua? berkahwin tidak mengikut prosedur @ hukum agama yg sebenar..

"Cinta Itu Buta".. kata2 kalimat yg selalu aku dengar dari mulut remaja sekarang @pun pendapat diorang tentang cinta. Memang tidak dinafikan cinta itu tidak mengenal rupa paras @ usia, tetapi kita sebagai insan yg berpegang dengan agama perlulah berfikir lebih panjang sebelum membuat keputusan.. baik buruk keputusan akan kene pada diri kita sendiri jugak.. oleh itu aku berharap dan berdoa agar kita sama2 dijauhkan dari perkara2 yg boleh memudharatkan kita sendiri.. insyaallah..

Wednesday, 24 November 2010

aNgan2 Mat Jenin..


aKu kal0 daH beraNgan2 maCam Mat Jenin mula laa nGantuk meManjang.. biLa naK nGelak nGanTuk aKu cuBa laa baCa Buku.. buKu apa Lagi kal0 buKan buKu Dato’ Fadzilah Kamsah.. hehe.. kali ni aKu baCa bab “Berfikir SeperTi JuaRa”. Kat sini juGak dia aDa ceriTa paSal mat Jenin.. Mat Jenin ni soRang yang aSyik beraNgan seMasa MemanJat poKok keLapa. Dia berHajat henDak memetiK seBerapa baNyak keLapa dan henDak menJualnya uNtuk menDapat baNyak duit. deNgan duit tu, dia nak beLi keBun dan aNak beNih keLapa. Then, dia naK meNgupah oRang paNjat poKok keLapa dan memBuka kiLang memProses keLapa dan meNjadi semaKin kaYa.. daN akhirNya mat Jenin maTi berSama aNgan2nya aPabiLa jaTuh daRi poKok keLapa..

saLah ke jaDi maT jeNin yg suKa beraNgan2..? paDa saYa x saLah kal0 beraNgan.. Dato’ Fadzilah Kamsah puN setuju deNgan aKu.. (baCa la buku dia kal0 x caye.. hehe). cuBa kiTa bayangKan sekiRanya maT Jenin maSih hiDup paDa maSa dia maTi beraNgan daHulu.. dia usaHakan apa yg dia aNgankan.. daN menCapai aPa yg dia iMpiKan.. aPakah perSepsi kiTa terHadap maT jeNin seKarang?? Lu piKir laa senDiri..

berFikir aDalah laNgkah PertaMa yang Baik. Mari kiTa nYanyi saMa2.. huhu




Jika kau fikirkan kau boleh,
kau hampir boleh melakukan,
jika kau fikir kau ragu-ragu,
usahamu tidak menentu.

Jika kau fikirkan kemenangan,
Kau hampiri kejayaan,
Jika kau fikirkan kekalahan,♥
Kau hampiri kegagalan.

Engkaulah apa kau fikirkan,
Terkandung dalam pemikiran,
Berfikir boleh melakukan,
ENGKAU BOLEH!!

Sumber: 55 Petua Orang Berjaya (Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)




p/s: jadilah Mat jenin yang berusaha mencapai angan2..










SayaNgi baPa kiTak oRang..

boS aKu koNgsi ciTe ni seMalam..

Aku masih ingat dan masa tu aku masih kecil lagi. Pada petang itu, dari pantai aku berlari pulang ke rumah.



"Assalamualaikum," aku memberi salam.
Aku lihat ayah baru pulang dari laut bersama sedikit hasil tangkapannya. Ayah menjawab salam dan hanya tersenyum melihat aku. Aku berlari mendapatkan ayah untuk memohon sesuatu.
"Ayah, boleh tak tolong buatkan Man satu layang-layang? Man nak main dengan kawan-kawan".
Ayah memegang dan menggosok kepala aku dan ayah berkata, "Ayah tak pandai Man". Lalu ayah pun naik ke rumah meninggalkan aku di bawah. Aku mencebik mulut dengan kecewa. "Ayah tu semua tak pandai. Dulu minta ayah ajarkan Man membaca pun ayah cakap ayah tak pandai. Nasib Kak Aida ada ajarkan". Aku membebel seorang diri. Ayah seorang nelayan dan aku hanya jumpanya sekejap-sekejap sahaja sebab ayah selalu turun ke laut berhari-hari. Pada malam itu aku tak mahu makan sebab merajuk dengan ayah.
Keesokkan paginya apabila bangun dari tidur aku turun ke laman rumah. Aku lihat ada beberapa batang buluh. Abang Madi datang pada aku bersama parang, segulung kertas dan benang. Dia menghulurkan pada aku sambil berkata, "ayah kita bukan tak pandai Man", sambil tersenyum padaku. Pada petang itu aku gembira sebab dapat bermain layang-layang dengan kawan-kawanku sampai lupa kerja rumah yang cikgu suruh siapkan. Aku jadi lalai sebentar.
Hari ini hari Sabtu dan esok hari ahad hari persekolahan bagi negeri Kelantan. Aku jadi kalut pagi tu. Itu semua disebabkan layang-layang yang buat aku lalai untuk menyiapkan kerja rumah. Cikgu Rokiah cikgu matematik aku tersangatlah garang. Kak Aida tiada di rumah kerana ada kelas tambahan di sekolah. Aku jadi buntu kerana aku tak dapat selesaikan beberapa soalan yang aku rasakan tersangatlah susah. Yang ada dirumah pada masa tu Cuma aku, ayah dan abang Madi yang sibuk membantuayah membaiki pukat dan jala. Ibu dah lama meninggal sewaktu melahirkan aku. Lalu aku berkata pada ayah,
"Ayahhhh...tolonglah Man ni. Man tak tahu nak selesai soalan-soalan ni. Tolonglah Man Ayahhh...."
"Ayah tak pandai Man", sambil tersenyum. Abang Madi Cuma gelengkan kepala pada aku. Aku jadi memberontak dan mula mengeluarkan kata-kata kebudak-budakkan aku.
"Ayah semua tak pandai. Minta ajar membaca tak pandai, mengira tak pandai, buat layang-layang untuk Man pun tak pandai. Man tak suka ada ayah macam ni", sambil menangis dan berlari ke belakang rumah. Abangku tiba-tiba menjerit pada ku, "Mannnn!!!". Ayah Cuma tersenyum dan memegang tangan abang Madi. "Madi, adik tu kecik lagi".


Petang tu aku tengok Ayah menaiki basikal dan aku tak tahu Ayah ke mana. Aku tanya abang Madi dan dia cuma jawab Ayah ke Bandar. Tapi aku rasa hari tu terlalu lewat untuk ayah ke Bandar. Malam tu ketika hari makin lewat dan ketika aku masuk tidur ayah masih lagi belum pulang. Hanya abang Madi dan Kak Aida yang setia menunggu Ayah pulang.
Ayam mula berkokok dan azan Subuh sayup-sayup kedengaran. Aku bangun untuk ke sekolah. Kak Aida dan abang Madi sudah siap dengan pakaian seragam sekolah.
"Kak Aida mana ayah?", tanya ku pada Kak Aida yang sibuk siapkan sarapan.
"Ayah dah ke laut Man. Ni ayah berikan barang untuk Man".
Aku memeriksa plastik beg tu dan aku terkejut melihat barang dalam tu. "Yeayyy...Ayah belikan Man buku rujukan Matematik dengan kalkulator baru". Kak Aida senyum dan berkata padaku, "Ayah kita bukan tak pandai Man". Tiba-tiba rasa bersalah menyelubungi aku.


"Abang Madi, Ayah marah Man ke?"
"Ayah belikan Man kalkulator baru mestilah Ayah sayangkan Man. Abang pun tak pernah ada kalkulator tau". Abang Madi senyum padaku.


Sebelah tengahari kami bertiga pulang dari sekolah. Selepas itu, Abang Madi ke rumah Pak Lang Hussien sebab abang Madi ambil upah baiki pukat dan jala dengan bapa saudara kami tu. Kak Aida ke sekolah semula sebab ada kelas tambahan. Tinggallah aku seorang diri di rumah. Abang Madi dan Kak Aida dah pesan padaku jangan ke mana-mana sebab aku harus tunggu ayah baik dari laut. Lanjut ke malam ayah belum lagi pulang. Aku dan Kak Aida masuk tidur dan Abang Madi masih lagi menunggu ayah.
Keesokkan paginya ayah masih juga belum pulang. Kami bertiga jadi makin risau. Abang Madi ke pengkalan menunggu ayah sehingga larut malam, namun masih tiada khabar berita. Pagi-pagi esoknya Abang Madi pulang dari pengkalan dan membisikkan sesuatu ke telinga Kak Aida. Tiba-tiba Kak Aida rebah. Aku dan Abang Madi jadi kalut. Pada petangnya ketika ramai orang datang ke rumah aku baru aku tahu yang ayah sudah tiada. AYAHKU SUDAH TIADA!!! Aku meraung, menjerit, menangis sambil dipeluk oleh Kak Aida.
Ketika jasad ayah dibawa pulang, aku jadi sebak dan segala dosa aku pada ayah mula menyelubungi aku. Aku peluk ayah, aku cium dahi ayah. Kak Aida rebah lagi dan ini entah yang ke berapa. Arwah ayah dikebumikan disebelah kubur Ibu.
Sesudah selesai semuanya, Kak Aida dan Abang Madi datang padaku dan memeluk aku. Kak Aida berkata padaku, "Man, kita sudah tiada Ayah. Man kena tabah dan Ayah selalu sayangkan kita seperti mana tuhan sayangkan ayah".
Malam tu aku memegang buku rujukan yang dibeli Ayah padaku. Dengan sebak aku membukanya. Air mata sudah banyak membasahi buku itu. Mataku tertumpu pada sebuah tulisan tangan dan aku mula membacanya.
"Man, bila Man besar nanti Man mesti jadi orang yang Berjaya. Man belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan jadi macam ayah. Man, ayah tak pernah bersekolah sebab itulah ayah tak pernah tahu membaca dan mengira. Man pasti tahu ini tulisan Kak Aida kerana Ayah jugak tak pandai menulis. Man, ayah bangga sebab Man pandai membuat layang-layang. Ayah tak pandai membuat layang-layang. Ayah sejak dari kecil sudah ke laut. Ayah nak anak-anak Ayah jadi orang yang berguna dan pandai supaya takjadi macam Ayah. Man, gunakan buku ini sebaik-baiknya kerana ini saja yang mampu ayah sediakan untuk anak-anak Ayah".


Aku menangis dan airmata ku sudah tak dapat ditahan lagi. Aku lihat Kak Aida di tepi pintu menangis sambil memandangku. Abang Madi di bawah bersama Pak Lang Hussien turut memandang aku dari luar tingkap.
"Man, Ayah sanggup ke hutan pada malam hari untuk carikan buluh untuk Man"
"Man, Ayah sanggup berbasikal ke Bandar untuk belikan buku rujukan untuk Man"
"Man, Ayah kita bukan tak pandai".
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hari ini penerbangan aku yang pertama selaku Co-Pilot. Kak Aida dan Abang Man yang berada di hujung Airport melambai-lambaikan tangan padaku. Selama ini Kak Aida telah berkorban demi adik-adiknya. Kak Aida sanggup berhenti belajar dan menjaga kami dan jasa Ayah pada kami adalah segala-galanya. AYAHKU SEORANG YANG PANDAI. AYAHKU SEORANG YANG BIJAK.Aku menggenggam buku rujukan yang dibeli ayah untuk terbang bersama impian Ayah. Setiap yang terjadi pada waktu itu akan aku ingat sampai aku mati. Ayah, ampunkan Man.
(tulisan asal oleh 'unknown' writer)


Tuesday, 23 November 2010

BuKan gaGaL taPi beLum berJaya

Saudara Bukan Gagal tetapi Belum Berjaya

Saudara Rasa Diri Saudara Gagal?

Mungkin sebab itulah saudara membaca artikel ini, saudara hendak menjadi orang yang sangat berjaya. Adakah selama ini saudara berasa diri saudara orang yang gagal? Jangan fikir begitu.

Dalam sejarah dunia, Tuhan menunjukkan betapa fitrah alam menguji orang-orang yang hendak berjaya. Kadangkala ada perkara yang kita benci, tetapi ia baik bagi kita. Ada juga perkara yang kita suka, tetapi ia memudaratkan diri. Tuhan menyebut dengan jelas dalam surah al-Baqarah ayat 216, ”... dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.”

Jangan sedih apabila selama ini saudara seringkali tidak mencapai apa yang diidamkan. Saudara bukannya gagal. Tetapi ’belum berjaya’. Mari kita tengok beberapa contoh kisah orang yang tidak pernah berasa gagal, sebaliknya terus berusaha kerana mereka yakin dengan kejayaan mereka..



Kolonel Sanders dan Resipi Rahsianya



Kenal tak saudara dengan Kolonel Sanders. Beliau adalah orang yang mencipta resipi ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC). Beliau mencipta nama dan kejayaan dengan resipi itu. Kolonel Sanders bersara pada usia 65 tahun. Semasa menerima duit pencen pertamanya, Kolonel Sanders berasa kecewa dan tidak berpuas hati. Namun, beliau tidak menyalahkan orang lain kecuali dirinya berkenaan jumlah kecil yang diperoleh itu. Beliau seterusnya memutuskan hendak mencadangkan resipi ayam goreng milik keluarganya kepada sebuah restoran. Tetapi malang, resipinya itu ditolak mentah-mentah. Apa yang berlaku kemudiannya?

Kolonel Sanders tidak putus asa. Baginya, dia tidak gagal, Cuma belum berjaya. Dia terus mencuba, sehingga orang ke 1000 pn masih menolak resipi kebanggaannya itu. Namun dia tidak berasa gagal, dia masih yakin dengan kejayaannya, Cuma kejayaan itu belum tiba lagi. Akhirnya, dia bertemu dengan orang ke-1009 dan dia pun berkata, ”Hmm... resipi ini sungguh bagus!”

Sembilan tahun kemudian, selepas perniagaannya maju, Kolonel Sanders menjual perniagaannya dengan harga US$2,000,000. Kini, rangkaian restoran KFC ada di merata-rata dunia, digemari oleh setiap lapisan masyarakat. Sekiranya Kolonel Sanders berasa dirinya sudah gagal dan berputus asa, adakah beliau akan berjaya membina empayar perniagaan seperit itu? Sudah tentu tidak! Jadi, kenapa saudara perlu berasa kecewa dan gagal?

Thomas Alva Edison pernah berkata, ”Ilham orang yang genius hanya menyumbangkan satu peratus kepada kejayaan, manakala 99 peratus lagi adalah usaha yang gigih.” Beliau membuktikan kegigihannya dengan bekerja selama 18 jam sehari, beliau mengambil masa sepuluh tahun bagi menghasilkan bateri nikel-besi-kadmium. Beliau melakukan klasifikasi kepada 17,000 jenis tumbuhan sebelum berjaya mengeluarkan lateks daripada satu jenih tumbuhan sahaja. Beliau juga mencipta lampu selepas berusaha lebih 10,000 kali. Akhirnya, beliau membuktikan kejayaannya apabila berjaya mempatenkan sebanyak 1093 jenis rekaan, wapaupun hanya menghadiri sekolah selama enam bulan sahaja. Apabila saudara mengatakan saudara gagal, adakah saudara sudah melakukan seperti yang Edison lakukan?

Ada banyak lagi contoh sejarah yang membuktikan hampir semua nama-nama besar dan terkenal adalah mereka yang mencipta sejarah sesudah mencuba ribuan kali. Nelson Mandela menjadi presiden Afrika Selaran selepas dipendarakan hampir sku abad. Goodyear mencuba hampir 10 tahun sebelum menemui kaedah bagi mengkomersialkan getah. Boon Siew, walaupun tidak tahu membaca dan menulis mampu menjadi jutawan dan memberikan peluang pekerjaan kepada ribuan pekerja hanya kerana kegigihannya.

Ada pepatah Inggeris menyebut yang bermaksud, ’Apabila perjalanan menjadi sukar, kesukaran akan memulakan perjalanan.’ Ini bertepatan dengan ayat Quran dalam surah al-Insyirah, di mana Tuhan menyebut, ”Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan ada kesenangan.”

Dalam pengurusan kerja dan masa pun begitu juga. Mungkin saudara berasa bahawa saudara adalah jenis orang yang gemar menangguhkan masa dan tidak mungkin saudara boleh berubah. Nanti dulu! Jangan fikir saudara orang yang gagal, kerana ia hanya akan memudaratkan diri saudara. ”Orang yang berhenti tidak akan menang, dan orang yang menang tidak akan berhenti.” oleh itu jangan berhenti sekarang, jadilah orang yang berjaya!

Sumber: 55 Petua Orang Berjaya (Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)



Monday, 22 November 2010

HanTu kum kum keMbali..

HANTU KUM-KUM Merayau-raYau meNcari peMbuNuh baYinYa..




Suasana di Kampung Paya petang itu tiba-tiba saja gempar sebaik tersebar berita seorang wanita berpurdah mengendong bayi baru lahir berkeliaran di waktu malam, mengetuk pintu rumah penduduk di daerah Hilir Perak.

Paling menyeramkan, wanita berpurdah itu kononnya datang meminta susu untuk diberikan pada bayi yang dikendongnya. Cerita seram ini amat menakutkan penduduk dan menjadi topik hangat yang dibualkan di mana-mana saja.

Beberapa orang penduduk kampung mengesahkan pernah terserampak dengan wanita berpurdah berkenaan. Menurut cerita penduduk lagi, wanita berpurdah yang mengendong bayinya itu dipercayai mati dibunuh sewaktu mengandungkan anak sulungnya.

Kononnya, wanita hamil yang ditinggalkan suami ini amat sayang pada bayi yang dikandungnya. Sewaktu ajalnya tiba, wanita malang itu bersumpah untuk membalas dendam dan mencari pembunuh yang bertanggungjawab dalam tragedi berdarah itu.

Penduduk Kampung Paya percaya wanita berpurdah yang mati dibunuh bersama bayi dalam kandungan itulah yang menjelma sebagai hantu kum-kum, sempena salam yang diberinya berbunyi:

“Assalamualaikum... kum.. kum.. “

Semenjak berita hantu kum-kum tersebar luas di serata ceruk, penduduk kampung tidak berani lagi keluar malam. Selepas Maghrib, semua penduduk bertekad mengunci rumah.

Anak-anak kecil pun tidak lagi kelihatan berkeliaran bermain zero point ataupun galah panjang. Masjid dan surau juga semakin lengang. Kedai-kedai kopi dan runcit beroperasi setakat Maghrib.

Pak cik dan mak cik pula lebih suka berkurung di rumah bersama keluarga. Isteri-isteri tidak membenarkan suami menghabiskan masa melepak bermain dam aji atau menonton wrestling di warung Pak Hasan di hujung kampung. Pendek kata serba-serbinya bertukar. Kampung Paya tak ubah seperti baru dilanggar garuda.

Tapi di warung Pak Hasan, cerita hantu kum-kum dianggap dongeng dan karut-marut belaka. Antaranya dua pemuda hanya mahu dikenali sebagai Mail dan Usin yang mencemuh orang yang menyebar berita karut itu.

“Ah, korang ni cepat sangat percaya dengan cerita-cerita merepek ni! Mana ada hantu? Korang pernah dengar ke ada orang yang mati kena cekik dengan hantu?” soal Mail sambil menghisap rokok di warung Pak Hasan. Rakan baiknya, Usin mengangguk.

“Aku kalau jumpa hantu kum-kum ni, bukan setakat aku kasi susu, tapi aku jemput naik ke rumah hidangkan nasi sekali. Ha! Ha! Haa!” sampuk Usin dengan takbur menyokong kata-kata Mail sebentar tadi.

Semua yang ada di situ sekadar mendiamkan diri. Hendak dibangkang kata-kata Mail dan Usin terasa serba salah sebab dua pemuda ini suka cakap besar.

Biarlah Mail dan Usin dengan gebang mereka. Lagipun siapa di Kampung Paya yang tak kenal dengan Mail dan Usin, spesies kacang hantu yang tak makan saman!

Semua yang ada di warung itu sekadar terkebil-kebi menelan air liru tapi dalam hati mereka berdoa agar suatu hari nanti biarlah Mail dan Usin disakat dan dicekik-cekik hantu kum-kum tersebut. Sebab sudah ramai penduduk yang pernah terserempak dengan hantu kum-kum.

“Kau jangan cakap besar Usin. Malam kelmarin rumah Pak Leman tukang dah kena. Masa tu Pak Leman baru balik dari menembak musang. Lepas mandi dia dengar suara orang bagi salam.

“Assalamualaikum... kum... kum..! Pak Leman pun terus intai kat tingkap, Nampak pompuan tu pakai purdah hitam tengah pangku atu nisan kat tangga rumahnya. Apa lagi berlari Pak Leman masuk bilik terus selubung selimut sampai pagi!” sampuk Pak Halim sambil merapatkan punggungnya di sisi Seman Panau.

“Betul tu Usin... minggu lepas hantu tu dating rumah Wak Kasman. Masa tu dah pukul 1.00 pagi. Masa tu Wak Kasman bangun nak buang air besar.

“Masa tengah capai tuala tu dia dengar orang bagi salam.. Assalamualaikum... kum... kum.. Wak Kasman terus intai kat celah dinding Nampak pompuan pakai purdah tunduk renung tanah. Wak Kasman tanya siapa... bila pompuan tu angkat muka je terus Wak Kasman terbuang air besar kat situ...

“Kata Wak Kasman muka pompuan tu penuh dengan ulat. Matanya merah tersebul. Giginya bertaring panjang..” sambung Jeman, bekas ketua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kampung Paya.

“Ahh! Aku tak percayalah! Karut semua tu! Karuttt!” kata Mail dengan gaya angkuhnya.

Kalau korang berdua tak percaya tak apalah. Nanti kalau kna jangan sampai terkencing dalam seluar sudahlah!” sampuk Pak Hasan pemilik warung tersengih.

Semua yang ada di situ ketawa terkekeh-kekeh geli hati. Mail dan Usin sekadar melihat gelagat mereka dengan perasaan menyinga.

Ketika sedang rancak berborak sakan dan gelak ketawa tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara wanita mengilai dari arah hujung kampong. Waktu itu jam sudah menunjukkan hampir pukul 12.00 tengah malam.

Mereka berpandangan sesama sendiri. Tidak semena-mena semua yang berada di warung bertempiaran. Ada yang lari menapai basikal. Ada menghidupkan enjin motosikal meninggalkan warung Pak Hasan.

Mail dan Usin berpeluh. Lidah mereka kelu. Bunyi wanita mengilai makin lama semakin kuat seolah-olah menghampiri mereka.

“Aku rasa macam tak sedap hatilah.. jom kita gerak sekarang,” bisik Usin lagi.

“Eh, aku nak tutup kedai dululah... kalau korang nak lepak sini aku tak padamkan lampu!” balas Pak Hasan.

“Errrr... tak apalah Pak Hasan, kita orang pun nak balik juga ni,” jawab Mail dengan suara yang terketar-ketar.

“Hah, elok sangatlah tu. Eh, mana pulak perginya si Latip Gagap ni? Aku dan nak tutup kedai ni!” tanya Pak Hasan mencari pembantu kedainya.

“Sin, malam ini aku tidur rumah kau ye!” bisik Mail pada Usin. “Okey jugak tu, aku pun seram juga ni setelah menghidupkan enjin motor, Usin memecut laju membelah malam menuju ke rumahnya.

Semasa dalam perjalanan pulang mereka hanya diam membatu. Hati kecil mereka berbisik terasa menyesal kerana bercakap besar sebentar tadi.

Apa lagi, sebaik tiba di rumah Usin, kelam-kabut mereka berdua berlari melangkau anak tangga naik dan menutup pintu.

“Fuhhh... kau rasa suara pompuan mana yang mengilai panjang tadi tu Sin? Tanya Mail tercungap-cungap.

“Entahlah... tapi ini pertama kali aku dengar. Eram juga ni!” jawab Usin dengan muka separuh pucat.

“Errr. Entah-entah itu suara hant...” tapi belum sempat Mail menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba mereka tersentak apabila terdengar suara member salam di luar rumah. Mereka memasang telinga! Degupan jantung semakin kencang.

“Assalamualaikum.. kum... kum...” Mail dan Usin berpandangan sambil mengelap peluh di dahi mereka.

“Assalamualaikum... kum... kum... Assalamualaikum... kum... kum... !” sahut suara dari bawah berulang-ulang kali.

Bagai luruh jantung mereka berdua apabila mendngar suara tersebut tak putus-putus member salam. Usin memejamkan mata sambil memeluk erat tiang seri rumahnya. Mail yang sudah dibasahi peluh bersembunyi di bawah tikar mengkuang sambil tak henti-henti membaca ayat Kursi walaupun tunggang langgang.

Tiba-tiba pintu rumah mereka dihentak semakin kuat... Dammmm! Dammmm!

“Assalamualaikum... kum... kum...! Assalamualaikum... kum... kum...” Mail dan Usin terus mematikan diri. Masing-masing pucat berpeluh jantan.

Tiba-tiba pintu rumah mereka dikuar dari luar...

Kreeeekkkkkk!

“Hantuuuuu..! Hantuuuuu!” jerit Mail dan Usin serentak.

Tiba-tiba lembaga yang menguak pintu itu tersembul dan bersuara nyaring...“Akulah... Latip.. Aku datang... datang... nak kasi.. nak kasi... beg duit korang yang tertinggal... terrtinggal... kat ke.. kedai tadi.. tadi.. Aku bagi salam.. salam.. banyak kali... Assalamualaikum.. kum... kum.. Assalamualaikum.. kum... kum... sorang pun.. pun.. tak bukak pintu... pintu...

“A.. Aku tengok motor.. motor.. ada kat luar.. luar! Jadi aku.. aku.. masuklah... lah.. Yang.. yang... korang... korang... berdua ni menjerit.. menjerit... kenapa.. kenapa?”

Ceh! Rupa-rupanya yang beri salam tadi si Latip Gagap pembantu warung Pak Hasan, pembantu warung Pak Hasan. Mati-mati Mail dan Usin ingatkan hantu kum-kum datang hendak mencekik mereka berdua!
Hu! Hu! Sampai sekarang, Mail dan Usin tidak berani lagi cakap besar!



MORAL: JANGAN CAKAP BESAR!!!! HAHA!!!



Artikel ini diperolehi dari MASTIKA.. Belilah MASTIKA untuk mendapat lebih banyak kisah2 “Misteri”.. huhu. Jangan lupa saksikan cerita seram KUM KUM  di astro ria.. :)

Mim aLif Lam siN..

paHal Laa aKu maKin miM aLif Lam sIn laMak toWk.. xTauK la eH.. aSaL maTahaRi terBit jaK, x SabaR nuNggunya teBenam.. PaHaL o0w?? aKu patuT meMotiVasiKan diRik aKu giK.. laMak x baCa buKu moTivasi.. laK Ku muLa baLit baCa buKu moTivasi k naiT seMaNgat aku yg iLang toWk.. huhu


iNsyaALLah, aKan ku KoNgsi Lam bLog t0wk n Lam feSbuK aKu.. :)

maSa dePan baDmiNton MalaYsia..

Lee Chong Wei berjaya menyumbangkan perak kepada Malaysia..

w/pun x berJaya mDapat emas, taHniah kePada Dato’ Lee Chong Wei keRana telah berJaya meNdapat piNgat perak daN berUsaha haBis-haBisaN uNtuk MalaYsia..
taPi buKan paSal tu yg aKu naK bangKitkan kat siNi... peRsoaLan @ keBimbaNgannYa sKrang, diMana perGinya JunioR plaYer..?? sePerti chiNa teLah raMai juNior pLayer yg ditonJolkan sehinGga menJadi plaYer yg terkeMuka dan diGeruni.. seKejap je duk raNking 1.. pasTu baGi juNior plaYer maiN plak.. tp MalaySia?? diManaKah silaPnya..


naK kaTa oRanG kiTe x miNat paSal baDminTon, amBik taHu juGak paSal Chong Wei.. naK kaTa x suKa maiN, salu je couRt badmiNton peNuh… naK kata xDe uSaha uNtuk keMajuan badminton, aKu raSa aKademi badminton daH lama diTubuhKan.. naK kaTa MSN x ambiK beRat, baNyak daH keBajikaN yG diOrang sediaKan.. eNtah laa.. diMana silapnYa..?


aKu berHarap aGar keRajaaN Msia daH aGeNsi2 yg terLibat daPat meNgambil lanGkah yg seWajarNya uNtk keMajuan suKan baDmintoN neGara kiTa.. MALAYSIA BOLEH..!!!

Sunday, 21 November 2010

biGgest LoSer


aRini aKu naK konGsi siKit paSal pRoGraM tV kat asTro.. BIGGEST LOSER.. mula aKu teNgok pRogram ni mmg x caye (sik cayak ka? Tredmak rizal af.. hehe). Mane xNyer daLam maSa bBerapa buLan je boleH tukar dari shreK(beSo) ke pink panTer(kuRus keRinG)..


gileerr!! jaoh sgt beze tu..


kal0 tgk gambar je memang oRg akan kata PhotosHop.. hehe


ni wakil aSia.. hehe


dariPada aWek "COMEL" jadi "BEAUTIFUL"..

taPi soRang member aKu suKa saNgat teNgok pRogRam ni.. die buDaK sWak juGak.. Nama die .... erm?? dirahSiaKan.. huhu. naK dijaDikan ceriTa, lama keLamaan biLa daH saLu saNgat teNgok die asyiK teNgok pRogRam tu je, aKu pun laYan gaK laa.. zasSSS.. haha
aPa yaNg aKu teTarik nGan ranCangan ni adalah SEMANGAT peserTa2 yaNg beruSaha naK kuRusKan baDan diOrang.. naK hiDup siHat.. taPi teFikir jGak aKu.. kenaPa diOrang boLeh kuRusKan baDan diOrang daLam maSa beBerapa bulan je daLam ranCangan teseBut tp xLeh buat kat ruMah daLam temPoh maSa yg panJang seBelum ranCangan ni??


kene ada trainer yg tegas jgak kot..

perTama munGkin sebab faktor inDividu itu senDiri... xDe diSipliN untuk meNcapai maTlamat diOrang (kuruskan badan).. maSuk pRogram ni pun muNgkin sebaB hadiaH yg luMayan.. keDua, munGkin sebaB maSalah keWangan.. ye la kan, kal0 dah 3 henggit 2 jam sebuLan beRapa kan.. kataLah pegi 2 jam sehaRi, seBulan dah 90 hengGit camtu.. tu baru 2 jam sehaRi, kal0 4 jam @ lebiH entah beRapa la kene baYar.. huu. keTiga, piliHan maKanan.. baB ni memaNg aku peCaya raMai yang diluar sana beLasah je makaN ape yg DiOrang nak.. beTul x?? Ape yg seDap belasaH je laa. Hehe.. aku pun Macam tu juGak.. maKan ape yg akU raSa naK maKan.. nak maSak senDiri?? Haremm.. hihi. Kal0 nak masaK puN tau 2 – 3 jeniS maSakan je.. tu pUn SuMe gune minYak.. caMne naK siHat.. aDoii.. keeMpat, muNgkin xde penDorong uNtuk kite beseNam.. kaDang2 kawaN2 aJak, maCam2 alaSan yg diBeri.. maLas laa.. letiH laa.. nak memButo laa (a.k.a tiD00).. kalo kat pRogram biggest loser tu ada laa trainer yg push diOrang suh buat tu.. suh buat ni.. p kal0 dah soRang2.. hampeH.. dan banYak lagi laa faktor keNapa raMai dari kita yG suSah nak aMal caRa siHat..
s0, diSini aku naK konGsi siKit tiPs2 naK kuRuskan baDan dan aMal caRa hiDup siHat:
  • JANGAN BERLAPAR: kal0 kite tgK kat pRogram biGgest loSer pun, trainer diOrang pun xde laa naK halang Peserta daRi maKan.. cuMe diOrang kaWal daRi segi jenis peMakanan dan jumLah kaLori..
  • BANYAK MINUM AIR MASAK: boLeh meNguranGkan seleRa makan..
  • ELAK MINUM MINUMAN BERGAS: meNganduNgi jumLah gula yg Bnyk..
  • BEKFES JGN X BEKFES: saRapan paGi meNstabilKan hormone dan ParaS Gula dLm daRah..
  • MAKAN DGN PERLAHAN, JGN GELOJOH: ikutlah sunnah Rasulullah, maKan paBila lapaR, berhenTi sebeLum keNyang.. (kal0 x silap laa.. rujuK kepaDa oRg2 yg lbh beriLmu..)
  • KUNYAH MAKANAN SEHINGGA CEBISAN KECIL: supaya mudah dihadam..
  • AMAL MINUM AIR LIMAU @ JUS OREN: minuMan maSam menGgalakkan peMbakaRan leMak.. minum miNuman kuRang guLa..
  • AMAL MAKAN BUAH-BUAHAN & SAYUR SAYURAN: sumber terBaek untUk vitamin, MineRal dan SeraT daN kaNdungaN lemaK reNdah..
  • JGN TIMBANG BERAT BADAN TERLALU KERAP: jgn tiMbang seTiap hari.. bila xNampak peruBahan anDa muNgkin berPutus aSa.. dLm biGgest looSer pun SemingGu sekaLi je.. masa peNyingkiraN.. hehe
  • SIMPAN SATU CATATAN: buat saTu catatan peNgamBilan maKanan dan juMlah kaloRi yg diaMbil seTiap haRi dan Perbaiki taBiat peMakaNan aNda..
  • SET YOUR MIND UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS: bila set untuk kuRus keCendeRungaN unTuk berdieT ( x maKan laNgsung) akan berLaku.. taPi biLa set untuk siHat, kiTa aKan berFikir unTuk meMiliH maKanan yg siHat..
  • CARA MEMASAK: kuraNg juMlah kaLori daLam maKanan.. cara yg terbaik adaLah merebus, meManggang @ meNgukus. anDa boLeh guNe seDikit miNyak unTUk meNumis saYuRan tp seBoleh2nya elaK guna miNyak @ leMak haiWan..
cuKupLah tips unTuk meNgurusKan baDan kaLi ni.. sebeNarnya baNyak lagi.. kal0 nak lebiH lagi, peGi kat laMan web biGgest loser.. http://www.biggestloser.com/ 

video

Saturday, 20 November 2010

RaYa 2009 daLaM keNangaN..

Friday, 19 November 2010

fuTsaL nGan buDaK oFisS..

kHaMiS maLam juMaaT.. aktiviti wajib aku ialah "FUTSAL".. biaSanya aku main ngan memBer2 ofis aku.. tapi kal0 x cukup ada laa campuR nGan member2 member ofiS aku.. (member kepada meMber.. harap faHam ek.. hhuhu)


uNtuk makluMan koRang jugak, kitoRang daH buat jersi futSal.. bukan apa.. senang siKit laa kal0 nak buaT friendly matCh..


ni aKu naK tuNjuk akSi2 kaMi paDa maLam PeraSmiaN jersi baru..


menanti dengan penuh sabar.. ehehe

tuu diaa.. peminat setia CHELSEA..

santai lu sebelum game mule.. No.4 tu  semanGat ambik gambar.. jersi baru la katakan.. hehe


umar buat sKill lesing untuk menGalahkan pasuKan lawaN.

haHaha.. ni xBoleh bLah..


KY menunggu Bola. Nak buat teknik tenDangan tanpa Bayang.. hehe

aku beraksi.. mesti ada heLah siKit.. (tali kasut tebukak.. hehe)

haiRan teNgok bola itU bulat.. hahaHa

maSing2 naK pRomoTe nomBor jerSi..

aiH.. aDe laGi nak pRomotE nomboR jerSi..

ish3.. makin betambaH peMain nak tuNjuk nomBor jersi..

teNgah rancang strateGi..


berMati-matiaN memPertahanKan jaRing goL diBolosi..

wei.. maiN betul2 laa..

kejar yop kejar!!!

BOOM!!! sepakan kencang dari BRO_MONDAY a.k.a inDra puTra..

nie baru separuH.. sepaRuh lagi xmuat masuk kaMera.. haha


p/s: lupe nak bagitau.. daLam semaNgat Kit0Rang berMain deNgan jersi baru, kiTorang semPat maiN 1/2 jam je.. sbb blekout.. huhu

video


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...