Tuesday, 25 January 2011

ARTIS KITA.. MENCURI! TANGKAP KHALWAT! CERAI! PUTUS!

Assalamualaikum.. Selamat pagi semua..

Tanpa artis tiada la dunia hiburan untuk dipertontonkan. Begitu besar sumbangan artis kepada masyarakat kita. Kalau xde pelakon xde la cerita nak dipertontonkan. Kalau xde penyanyi xde la lagu nak diperdengarkan. Kalau xde pelawak xde la gelak ketawa berkumandang.

Nak cerita pasal artis yang ejulz minat sangat kat Malaysia ni? Kalau pelakon ejulz suka abang Rosyam Nor. Bagi ejulz dia versetile. Macam2 watak dia boleh bawak. Sedih? Lawak? Serius? Gengster? Macam2 lagi laa. Kalau pelakon wanita ejulz suka mokcik Wan Maimunah. Fuhh!! Kalau ejulz tengok cerita sedih dia, mesti meleleh air mata beb. Tapi kalau tengok sorang2 la. Kalau tengok ngan member, kontrol sikit laa.. heHe. Penyanyi pulak, ejulz suka sape ek? Penyanyi ni ramai sangat. Contohnya Faizal Tahir, band2 Malaysia.. Banyak sangat laa.. x tersebut kat sini.. heHe. Lagu2 artis tahun 90'an pun ejulz suka gak.. Pelawak? Sape lagi kalau bukan Johan & Zizan.. Lawak tahap gaban. haHa. Selain dari Johan & Zizan, pelawak veteran ejulz suka 'Baby face' aka Santia. Pelawak baru ejulz suka Bujang Sepah..

Seperti yang ejulz katakan tadi, tanpa artis tiada la dunia hiburan untuk kita. Tapi ada sesetengah pendapat pada masa dulu, mengatakan dunia artis ni 'kotor' dan 'menjijikkan'. Sebagai contoh mungkin kita pernah lihat cerita2 yang mengisahkan dunia artis yang tidak diterima oleh masyarakat atau keluarga sendiri. Ejulz pun lupa nama cerita tu. Dan ada juga artis yang berkongsi pengalaman sendiri dimana begitu susahnya beliau hendak menceburi dunia artis ni. Kalau x silap ejulz akak Fauziah Ahmad Daud pernah berkongsi pengalaman beliau dalam 1 program tv. Persoalannya, kenapa ada persepsi yang mengatakan dunia artis ni kotor?

Pada pandangan ejulz sendiri, persepsi sebegini timbul disebabkan oleh sesetengah artis sahaja. Sebagai seorang artis mestilah menunjukkan contoh yang baik. Ini kerana mereka merupakan role model atau contoh kepada peminat2 mereka selain menjadi perhatian kepada masyarakat setempat dan seluruh negara. Tetapi disebabkan sesetengah artis yang 'menyakitkan' mata memandang, semua artis mendapat tempiasnya. Sebagai contoh, ada yang berpakaian seksi, ada yang kantoi bergambar cium mulut, ada yang kantoi kene tangkap khalwat, ada yang kene tangkap mencuri. Macam2 lagi la. Tu belum campur pasal rumah tangga yang pecah belah. Cerai sana.. Putus sini..


Fasha Sandha, jangan sedih2 ek.. ejulz pun solo lagi ni.. (ayat xboleh blah) haHaha

Kat sini bukanlah ejulz nak salahkan seratus peratus kat artis. Mungkin pasal rumah tangga kita x boleh nak kata apa. Sebab jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan. Kalau artis bercerai je kecoh 1Malaysia. Kalau artis mencuri kecoh 1Malaysia. Kalau curi barang2 berharga xpe la pulak. Ada yang curi buku pun kecoh 1Malaysia. Yang ejulz pelik, kalau la orang biasa kene tangkap curi buku, agak2 apa tindakan yang dikenakan ek? Yang ejulz pernah tengok la, paling2 pun kene bayar 10 kali ganda macam tu laa.. ejulz pun kurang pasti. Tapi kalau artis diperbesarkan sampai 1Malaysia tahu.. erm.. xmau komen banyak2 la.

So, kesimpulannya disini, kepada artis2 diluar sana jagalah tingkah laku dan cara pemaikaian anda. Saya lebih suka artis yang sempoi atau berpakaian biasa daripada artis yg pakai baju berjenama tapi dedah sana dedah sini. Fikir2kanlah dan selamat beramal.

p/s: berletaiq panjang pulak ejulz arini..

8 comments:

  1. Macam macam lah artis zaman sekarang ni

    ReplyDelete
  2. apa nak k padah owh. mun mek madah "alhamdulillah" sa nya bagus sik? hehehe, ya la. ngambik hak org cara yang salah, sikda berkat dr Allah hubungan ya bah. Nafsu, nafsu. Padan muka fasha ya. kmk anti gilak ngan org dak tok koh. dah mukanya jak2 kat tv. angol. hehe,

    ReplyDelete
  3. salam..
    Dunia artis mmg macam tu kot.Tp dunia kita org biasa pun tidak kurang hebat dugaannya,cuma org ramai je tak ambik tau.apa pun..segala tindakan kita mestilah sesuai dgn kehidupan kita sebagai islam sejati...itu yg penting.

    ReplyDelete
  4. Honey Bunny: harap2 artis2 Msia x terikut2 sgt dgn artis2 barat kan?

    ReplyDelete
  5. Norfazilah: tandah jak cdak idup kedak ya.. yg penting kita x kedak ya.. :)

    ReplyDelete
  6. sis LM: btul2.. susah kalau jadi artis ni.. pakai baju biasa salah. org kata x jaga standard. pakai baju branded salah. org kata berlagak. manusia2..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...