Sunday, 2 January 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 2

nampaknya dah ada yg bertanya pasal bahasa Sarawak.. alhamdulillah ada jugak kengkawan di kalangan blogger ni berminat nak tahu pasal bahasa Sarawak.

terlebih dahulu ejulz nak bagitau sebenarnya bahasa melayu Sarawak ni lebih kurang je dengan bahasa melayu baku. Cuma ada beberapa perkataan yang betul2 berbeza dengan melayu baku.. Sepertimana kita tahu, Bumi Kenyalang pernah dijajah suatu ketika dahulu dalam jangka masa yang panjang. So, pengaruh bahasa Inggeris dengan rakyat Sarawak sangat kuat.. Insyaallah, nanti ejulz akan bagi contoh perkataan Inggeris yang dijadikan @ selalu digunakan orang Sarawak sehingga menjadi bahasa Sarawak.


ok. ejulz cuba jawab ALFALORA MOHD MUSTAFA dulu..

"APA KHABAR"?? ok. seperti yg ejulz katakan awal2 tadi, bahasa melayu Sarawak lebih kurang je dengan bahasa melayu baku.. Orang Sarawak pun guna perkataan "apa khabar" seperti biasa. sama saje dengan bahasa melayu baku. ok, ejulz cuba bagi contoh ayat yang membezakan bahasa melayu Sarawak dengan bahasa melayu baku.

"Alfalora, awak apa khabar?" [Bahasa Melayu Baku]
"Alfalora, kitak pa khabar?" [Bahasa Melayu Sarawak]

*kitak bermaksud awak.

fatyn pulak tanya perkataan "bye".. untuk makluman fatyn, seperti yang ejulz kata tadi sesetengah bahasa Sarawak ada kaitan dengan pengaruh penjajah Inggeris pada masa dulu. sebenarnya org Sarawak guna perkataan "bye" @"babai" bagi ucapan selamat tinggal. ejulz bagi contoh ayat:

"selamat tinggal fatin" [Bahasa Melayu Baku]
"bye fatin" [Bahasa Melayu Sarawak]

p/s: lebih kurang je kan bahasa melayu baku dengan bahasa melayu Sarawak.. senang je kan bahasa Sarawak.. 

4 comments:

  1. thankz.. kal0 ade ape2 nak tanya, tnya je k.. jgn malu2 ngn ejulz..

    ReplyDelete
  2. like jak.. tp camne nak like nya owh? haHa.. xtauk kmk..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...