Tuesday, 25 January 2011

SOSEHSOSEH: Artis liat pulangkan baju

Satu lagi kisah artis yang ejulz terbaca kat Harian Metro. Ni kisah pinjam baju pulak. Menurut sumber Metro tersebut, seorang artis yang sedang meningkat naik namanya telah meminjam baju untuk satu majlis hari jadi tetapi sebenarnya untuk digunakan pada majlis berprestij tinggi di ibu negeri. Ada juga yang dikatakan meminjam untuk sehari sahaja tetapi memulangkan baju berkenaan dalam masa seminggu untuk digunakan pada majlis lain. Macam2 kes..

Tapi bukanlah pasal artis yang ejulz ingin ceritakan.  Ni ejulz nak cerita sikit pasal 'mamat' ni. Kes dia lebih kurang sama dengan kes kat atas tu.. pinjam baju.! Cerita artis kat atas tu ok lagi. Walaupun lambat, dia tetap bagi balik. 'Mamat' ni xde, reti pinjam tapi xreti nak pulangkan balik. Ejulz paling xsuka la perangai macam ni. Kalau baju yang ejulz beli sendiri ejulz x kisah sangat. Ni baju yang member bagi, kira hadiah laa. Walaupun bukan baju mahal, x branded pun tapi.. camne nak bagitau ek? ok, kalau korang la kn. bila sesuatu hadiah yg org bagi kat korang, dipinjam dan x dipulangkan balik. Camne perasaan korang?

Ejulz ni jenis x berkira sgt kalau member dalam kesusahan nak pinjam barang ke, duit ke, insyaallah ejulz boleh tolong kalau ejulz mampu. Janji tahu nak pulangkan balik. Tapi kalau jenis mamat ni, memang aku serik laa. Dah la mulut 'busuk'.. Suka nak aibkan org lain, gurau x bertempat, cakap x bertapis. Kalau member2 ejulz yg lain, ejulz boleh terima gurauan diorang wpun gurau kasar. Tapi mamat ni ejulz pun pelik la, gurau dia pelik sikit. Bila dia one by one dgn ejulz xpenah la nak bergurau ke ape, tapi bila depan org ramai tau ade la gurau yg mengaibkan. Ejulz buat x kisah je, biar la dia dgn sikap *&^%&! dia.

Satu lagi perangai dia yg ejulz perasan, susah sangat nak tolong kawan. Tapi kalau bab mintak tolong kawan no.1.. Ejulz pun xtau la nak cakap apa pasal mamat ni..

Eh, melalut pulak dah ejulz ni ek.. Cerita pasal artis liat pulangkan baju tu mengingatkan ejulz pada baju yg member ejulz hadiahkan dan x dikembalikan oleh mamat sipolan yg menyakitkan hati..

p/s: sekadar luahan perasaan.. ahhhhh!! lega sikit.. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...