Saturday, 5 February 2011

Isteri tinggalkan suami, jumpa bekas kekasih dalam facebook!!!

assalamualaikum kawan2..

Sakit hati? memang sakit hati bila tengok tajuk entry ni kan.. bukan sakit hati apa, sakit hati dengan isteri2 yang curang bila jumpa bekas kekasih. Macam cerita adamaya la pulak kan? tapi cerita adamaya xde la camtu endingnya..

Kisah ni memang dah selalu ejulz dengar sebelum ni, tapi tergerak pula jari ni nak buat entry bila terbaca kat surat khabar metro tadi. Kisah seorang isteri dan ibu kepada seorang anak berusia setahun lebih meninggalkan suami dan lari kepada bekas kekasihnya yang dijumai di dalam facebook. Dikatakan dia membawa anaknya bersama lari kepada bekas kekasihnya.

Bukanlah ejulz suka campur masalah rumah tangga orang lain, sebab ejulz sendiri pun belum pernah merasa hidup berumah tangga. Tetapi yang ejulz kesalkan di sini adalah sikap isteri terbabit. Sekiranya dia melarikan diri disebabkan suaminya yang tidak bertanggungjawab, dia sepatutnya tidak bertindak sedemikian dengan lari kepada kekasih lamanya. Banyak lagi jalan2 lain yang boleh diambil bagi menyelesaikan perkara tersebut. Contohnya berlindung dengan keluarga atau kawan2 terdekat (kawan perempuan).

Sama-samalah berdoa agar kita dijauhi dari perkara sedemikian. amin!

p/s: tolong jawab survey ejulz kat sebelah ni ek.. nak tengok pendapat korang tentang suami/isteri & facebook & bekas kekasih!

10 comments:

  1. gilo dah ni...ai hate!!! koh koh koh

    ReplyDelete
  2. haishh, macam macam sekarang ni dengan kemudahan internet

    ReplyDelete
  3. dunia skrg ni macam2.. minta dijauhkn la bnda2 xelok nih..

    ReplyDelete
  4. khairunnisa ♥ : zaman tok macam2 ada..

    ReplyDelete
  5. BRO_MONDAY: menci!! menci!! haHa

    ReplyDelete
  6. E.d.Y: memang bahaya kalau disalah guna..

    ReplyDelete
  7. Biela Sapine: yup.. macam2 ada..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...