Monday, 30 May 2011

Koma, buta : disimbah asid

JOHOR BAHRU: “Mereka yang melakukan ini dayus. Akibatnya suami saya bukan saja melecur hampir keseluruhan muka dan badan hingga ke paras pinggang, malah cacat penglihatan seumur hidup,” kata isteri kepada mangsa simbahan asid, Zaiton Aris, 50, semalam.
 
Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, akibat perbuatan itu suaminya, seorang pemandu teksi, Khairul Zaman Jaiman, 47, bertarung nyawa di Wad Rawatan Kebakaran di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Menceritakan insiden menyayatkan hati itu, Zaiton berkata, kejadian pada jam kira-kira 12 tengah hari, 5 Mei lalu apabila teksi suaminya ditahan dua lelaki menaiki Proton Saga warna putih di Jalan Sena di Taman Rinting, di sini, iaitu satu kilometer dari kediaman mereka.

“Saya difahamkan, dia memberhentikan kenderaan apabila dua lelaki mahu bertanya arah. Apabila suami menurunkan cermin kenderaan, seorang daripada mereka menyimbah asid ke muka suami.

“Suami meraung kesakitan sambil meminta tolong sebelum orang awam yang berada di lokasi menyiram air dan menghantarnya ke hospital,” katanya.


Asid.. asid.. asid lagi.. x abes2 cerita asid ni.. dulu selalu dengar wanita yg jadi sasaran.. sekarang ni nak mula lelaki yg kene.. gile ke ape org yg suka main asid ni..!!! dari mana laa diorang dapat stok asid ni ek?? asid ni mudah nak dapat ke?? macam boleh beli di kedai2 runcit je.. diharap pihak berkuasa dapat menangkap penjenayah dan membanteras jenayah sebegini daripada berulang.. kalau boleh buat gerakan besar2an bagi memburu penjenayah ni.. perkara2 camni buat rakyat berasa tidak selamat berada di tempat sendiri.. apatah lagi pelancong2 asing..

Semoga kita semua selamat dari malapetaka sebegini.. amin..

22 comments:

  1. ish bahaye nye! hari itu dekat kwsn KL. ni dah smpi johor.

    Ape masalah dorang nie kn...mane dpt asid byk2 tah.

    ReplyDelete
  2. bahaya betul sekarang ni kan...semua nak main simbah2 asid jer

    ReplyDelete
  3. ain nadzirah : tu la pasal.. hati2 dimana saja berada.. :)

    ReplyDelete
  4. ila: dah nd trend pulak simbah asid ni. pihak berkuasa patut ambik tindakan agresif bg membanteras gejala ni..

    ReplyDelete
  5. huh ! bhya laa . dayus ! dayus ! dayus ! :@

    ReplyDelete
  6. lah dik .. skrg nie katantya berita pasal simbah asid tuu hanya nak menakutkan org ramai jeww .. specially di lembah klang .. harap2 semua tu betul huhuh

    ReplyDelete
  7. nelly : tau xpe.. kalo nak kuar jln2 tu jgn la kuar sorang2.. bawak bf skali.. jalan kepit2 sikit.. heHe.. gurau je.. :P

    ReplyDelete
  8. nawal addina : kalau nak kuar tu jgn la berani sgt jln sorang2. biar berteman.. :)

    ReplyDelete
  9. kak ieda: ye ke? xkan metro bohong kot.. siap ada letak gambar lagi.. heHe

    ReplyDelete
  10. eee rasa mcm nak haishhhhhh nak eeee nak carut kann jerk org yg suke main asid ni...kalo dpt di cekup time di bicara kan nt rasa nak simbah 1 tong asid kt dorg ...rasakannn miahahahahaha gelak pmpn jahat huhuhu opss terlebih sudah...larikkk

    ReplyDelete
  11. Jiejah Gorjes: kalo dpt tangkap baek hukum simbah asid jugak kan? biar dia rasa..

    ReplyDelete
  12. fatin hanani : kalo utan ada binatang buas.. duduk bandar pun ada manusia serupa binatang..

    ReplyDelete
  13. eee..kejam giler la org yang simbah asid ni..bila la nak tangkap..siapa pulak la jadi mangsa dia lepas ni..huh..

    ReplyDelete
  14. hai ^_^ thx singgah blog saye. tak join segmen abg ben ke?

    ReplyDelete
  15. gile betol..kesian isteri tuh..ermm ape2 lah org sekrang nih..

    ReplyDelete
  16. Anak Wak Mail : sama2 la kita doa dia ditangkap sblm ada mangsa lain.. amin.. :)

    ReplyDelete
  17. Ct Arina : segmen abg ben..? segan la nak cite.. heHe

    ReplyDelete
  18. syrupmasin : memang kesian..

    ReplyDelete
  19. amin..hmm..bila nafsu marah mguasai diri..
    marah itu mdh..sbr itu indah

    ReplyDelete
  20. liyana : betul tu.. marah itu mdh..sbr itu indah :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...