Friday, 10 June 2011

Jururawat diculik nyaris dijual

KUALA LUMPUR: Seorang jururawat berusia 22 tahun kini trauma selepas diculik sebelum dipukul sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika berada di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Wangsa Maju, di sini, kelmarin.



Difahamkan, selepas menculik wanita itu, kumpulan terbabit membawa mangsa ke lokasi tidak diketahui dan mahu menjualnya kepada individu lain yang sedia menunggu.


Namun, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, urusan tiga suspek terkubur apabila mangsa berjaya melarikan diri.


Biarpun jururawat itu dikejar ketiga-tiga penjenayah terbabit, dia menyembunyikan diri di dalam stor sebuah kedai makan di kawasan berkenaan selama tiga jam dan sebaik merasakan selamat, dia keluar dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira jam 4.30 petang.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang berjalan sendirian di kawasan LRT berkenaan mendakwa dihampiri sebuah kereta BMW biru gelap dinaiki tiga lelaki sebelum pemandu kenderaan itu menegur mangsa.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Ape kejadahnya manusia skang ni.. ada benda halal yg boleh diniaga xnak, yang haram jugak dia nak buat.. adoiiii.. poning palo den.. Teringat ejulz masa kecik2 dulu.. masa tu zaman main kereta mainan yg main kat track kecik tu.. tengok kengkawan lain semua ada.. mak bapak diorang belikan.. org kaya laa katakan.. Ejulz pulak kalo nak beli benda2 camtu sory la nak dapat.. ejulz berasal dari keluarga yg xde la berada.. hidup sederhana je.. Masa tu teringin sangat nak beli kereta mainan tu.. sanggup mintak upah kat makcik2 yg jual kuih pusing satu kampung jual kuih.. bapak ejulz kira femes jugak la kat kpg.. jd ejulz jual la nama bapak ejulz.. dgr je nama bapak ejulz terus diorang beli.. heHe.. hebat jugak kan bapak ejulz ni.. heehe. sanggup jugak pusing kampung cari tin2, botol2 yang dibuang.. pastu jual kat apek beli tin2 dan botol2 ni.. boleh laa dpt sikit duit tabung nak beli kete mainan tu..

Tapi zaman sekarang mcm dah berubah.. budak2 mana yg sanggup buat keje2 camtu.. pusing kampung jual kuih.. pusing kampung kumpul tin n botol.. x standard bagi diorang.. sanggup mencuri utk dpt duit.. kecik2 curi benda2 kecik.. dah besar camni la jadinya sanggup culik n jual manusia.. ermm.. budak2 skang ni perlu banyak pemerhatian dari org tua diorang.. kene bagi didikan awal.. jgn sampai terlambat.. ibu bapa juga perlu main peranan.. jgn percayakan anak 100%.. pernah ejulz jumpa seorang mak ni, dia seorang cikgu.. pastu serang cikgu di sekolah anaknya disebabkan terlalu percayakan anaknya.. padahal memang anaknya salah, ponteng sekolah.. satu hari tu, dia jadi panel ujian lisan kat kelas anaknya.. kantoi, anak xde kat kelas padahal dia dah hantar kat depan pagar sekolah..

Berbalik kepada kes culik jual ni, kepada anda di luar sana, berhati2 laa ketika ke tempat kerja atau berjalan2.. lebih baik berteman dari jalan sorang2.. Ejulz ada jugak kawan yg jadi jururawat ni.. member2 sekolah dulu.. diorang xde blog.. blogger yang ejulz kenal dalam bidang kejururawatan ni ada sorang je kot..

ni dia orangnye.. tengah sibok nak EXAM BESAR..heHe


korang terjah la sendiri blog dia ni.. terjah je tau, jgn nak culik jual pulak.. kang ngamuk pulak bofen dia..haHa

ape2 pun semoga kita dilindungiNya dari segala mala petaka.. aminn.

34 comments:

  1. dah takde benda lain nak jual agaknya,tu yang nak jual orang..huhuuhu

    ReplyDelete
  2. bahaya betul sekarang nih.sng2 saja org buat duit.kita kena hati2 sentiasa.

    ReplyDelete
  3. org pon nak jual ? ish3

    bhaya btol skg nie

    ReplyDelete
  4. takutnyer....kita dah la pengguna setia LRT...kena lebih berhati dunia skang bukan semua orang baik..yang pasti kalau org tak kenal negur toksah layan...

    ReplyDelete
  5. takut! bahaya betul skang ni...
    huhu


    semoga sentiasa dlindungiNya...

    ReplyDelete
  6. JURURAWAT TUE ,dh lah penting menjaga kiter..
    fuhh trauma nk keluar umah

    ReplyDelete
  7. macam2 jak kinek tok..ngutik jak rasa nak bejalan sorang2 T_T

    ReplyDelete
  8. Ila : tu la asal.. ingt ni zaman 3 abdul ke nak jual2 org.. heHe

    ReplyDelete
  9. zOeY zAu YaH : org2 camni patut kene tindakan lbh tegas lagi.. biar diorang rasa sakit..

    ReplyDelete
  10. nawal addina : org camni x takut undang2. x takut ngan polis.. org2 camni la patut kene ambik tindakan cukup2.. jgn ambik tindakan kat org yg maki polis je.. ^.^

    ReplyDelete
  11. lizz : ye la kan.. hati naik lrt ek.. :)

    ReplyDelete
  12. Iznie : amin.. semoga sentiasa dilindungiNya..

    ReplyDelete
  13. ir yien 9897: tu la psal.. kalo xde jururawat sape nak jaga kt kat wad kan.. huHu

    ReplyDelete
  14. Kathy Tuah : nang ngutik laaa.. haHa

    ReplyDelete
  15. Ejulz...amiin


    yg pasal blog saya tu, maybe sebab awak guna IE kut...sbb say try check guna Chrome and Mozilla okayh jer. then, try check guna IE, memang jadi mcm tu. lepas tu nak try edit, line break jadi macam apa ntah..adeyh!

    apa2 pun...tq sebab ada niat nak komen...ehehe :)
    really appreaciate! :D

    ReplyDelete
  16. oit oit..budak zaman sekrg mana tau erti susah cari duit....semua nak senang ja..sampai tolak haram halal..huk33

    jgn lakukan jenayah:(

    ReplyDelete
  17. ntah pa pe,sampai nurse pon nak jual.ish!

    ReplyDelete
  18. shedameor : tau xpe.. berhati di luar sana.. :)

    ReplyDelete
  19. yana : tau nak senang je kan..

    ReplyDelete
  20. EZAN IDMA : tu la pasal.. kalo nak jln2 tu jgn la jln sorang.. bertiga lebih baik.. heHE

    ReplyDelete
  21. Iznie : owh.. patut la.. sy gune IE je..

    ReplyDelete
  22. dayanadarmawi : dah tau benda2 camni jgn la berani jln sorang2..

    ReplyDelete
  23. tieykah : tu la pasal.. sepatutnya akta perdagangan manusia kenakan hukuman yg berat kpd org camni..

    ReplyDelete
  24. huhuh sedih dgn keadaan zaman skrg nie .. mana2 x selamat .. x tahu nak buat mcm mana dan yg mana boleh kita katakan selamat punn dah x tahu :(

    ReplyDelete
  25. saya pernah jual pemadam masa skolah rendah..bestvgk..haha..best time jualan to sold out..ngeh3

    ReplyDelete
  26. betul tu kak ieda.. dulu slalu kata tempat sunyi x ramai org x selamat.. skang ni tempat umum pun dah x selamat.. ish..

    ReplyDelete
  27. liyana: kalo camtu xpe la kan? halal.. heHE

    ReplyDelete
  28. zaman sekarang mmg bahaya pok... so bg kaum hawa berhati2 la walaupun dimana anda berada...

    ReplyDelete
  29. shuk: bukan pompuan je.. lelaki pn sama gak.. tapi pompuan harus lebih berhati2..

    ReplyDelete
  30. eeee takotnye .. xdapat bayangkan cemane rase kalau kene colek =(

    ReplyDelete
  31. deeya : mintak jauh benda2 camtu.. ish..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...