Thursday, 9 June 2011

Malam Pertama.. Sakit!! (Untuk bacaan 18 tahun ke atas shj)

Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang...! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".
Haaha.. sape x sayang anak oiii!! heHe.. bukan pasal malam pertama @ sakit gigi yg ejulz nak kongsi kat sini arini.. tapi pasal pulih dara.. semalam ejulz ada terbaca kat Metro bertajuk "Depe mahu hindar zina".. Depe tu nama panggilan penyanyi dangdut dan pelakon Indonesia .. si Dewi Persik yang merupakan seorang janda.. Dia dikatakan membuat pembedahan pulih dara di Mesir utk tujuan menghindar zina dan hanya melepaskan keperawanan barunya kepada suaminya akan datang..

Persoalannya di sini, adakah lelaki lebih cenderung menerima wanita yg dara fizikalnya @ 'dara' akhlaknya? Apa pandangan lelaki pasal isu ni? dan apa pulak pandangan wanita dalam isu ni? Daripada apa yang dibuat oleh Dewi Persik yg sanggup menjalani pembedahan pulih dara di Mesir jelas menunjukkan sebilangan wanita di luar sana berpendapat yang lelaki hanya menerima wanita yg dara fizikalnya..

Pernah jugak terbaca isu2 sebegini kat ruangan2 luahan hati kat majalah2 dan akhbar.. sekadar mahu mendengar pendapat ramai.. ape2 pun kita doakan supaya kita dijauhkan dari kemaksiatan.. amin..

30 comments:

  1. Hamboi..entri skrg nie, ada unsur2 la. macam ada pengalaman la pulaknye.
    lalalala..

    ReplyDelete
  2. adehhh.. entry ni bukan ada unsur2 camtu.. tp sekadar nak dgr pendapat ramai je..

    bukan apa, kalo ikutkan persepsi wanita macam penyanyi tu, diorang beranggapan semua lelaki lebih mementingkan dara fizikal je berbanding memiliki akhlak yg baik.

    maaf kalo ada tersalah faham entri ni.. sbb penulisan x berapa baik lagi.. heHe

    ReplyDelete
  3. oooo rasa nye kalau betul2 dah berubah tanak ulangi kesilapan lalu..tak perlu sampai nak pilih dara..membazir je rasa...

    ReplyDelete
  4. hahaha permulaan dier mmg eherm2 sikit, mujur yien baca sampai habis..(setengah comment mls baca smpai abis 2 yg bahaya :) hehehe

    yerp setuju ramai laki yg suka pandang pada luaran kan...

    tapi sesetengah org kalau luaran dah x ok, conform2 dalaman pun (paham2 jer lah)

    ReplyDelete
  5. wahhh entry dia..bukan main lagi yeee...hehhehe..very nice story

    ReplyDelete
  6. huh ! bikin pnas line jeah . grr ..

    ReplyDelete
  7. chichi : akhlak camtu la maksud ejulz.. wpun pernah buat kesilapan, tp dia insaf n tidak ulang kesilapan lalu..

    ReplyDelete
  8. ayin : betul tu.. tp ada jugak llaki yg mmilih yg boleh membimbing dia ke jalanNya.. sstgh x pandang perkara yg lepas tp lbh pentingkan perkara yg akan datang..

    ReplyDelete
  9. intan_blur : buat suspend je kat cite tu.. haha

    ReplyDelete
  10. nawal addina : line mana yg panas tu? biar ejulz simbah ngan air.. kasi sejuk sikit.. heHe

    ReplyDelete
  11. alahai.. kalau dara tp perangai mcm x dara nak buat mendeee~! huhuhuhu

    ReplyDelete
  12. lepas ni adalah yg takde dara leh gaku dara balik..uhhuhu

    ReplyDelete
  13. b a m b a m ' s : tu la pasal..

    ReplyDelete
  14. Ila : xtau la dunia skarang ni.. canggih sgt..

    ReplyDelete
  15. fuhhh tajoook..

    kasi gempaq ja..hehe..

    rawatan pulih dara lak..nanti makin banyak la penzinaan kan..ish2...

    ReplyDelete
  16. hee..boleh tahan entry kali nie eyh. hehe


    hanya lelaki yang tahu ape yg mereka mahukn. :)

    p/s: sekarang dah boleh pulih2 kan dara yer..canggih2.

    ReplyDelete
  17. wuahaha..gigi ke yg sakitt..cehh :D

    ReplyDelete
  18. lahhh, gigi yg sakitt rupanye :)

    ReplyDelete
  19. HonEyBuNNy : tu la pasal.. x mustahil suatu hari nnti pbedahan camni jd murah.. bila dah murah ramai org nak buat..

    ReplyDelete
  20. ain nadzirah : cangggihhh beb! haHa

    ReplyDelete
  21. syrupmasin : tu la pasal bro.. haHa

    ReplyDelete
  22. EZAN IDMA : amboi!! amboi!! amboi!!.. haHa..dah mcm program azwan ali dah.. haHa

    ReplyDelete
  23. yusmahunny- : ingtkan sakit ape td kan.. haHa..

    ReplyDelete
  24. fuh...bley tahan post2 ko asrul..huhuhuhu..terbaiklah...

    ReplyDelete
  25. manmd : blh tahan ke x blh tahan..? haHa

    ReplyDelete
  26. asroL : entry yam baik ni, untuk pedoman dan difikirkan bersama...tapi sayam sekali ai xde idea nak komen apa...adesss...pulih dara??? ada jugak camtu!!! koh koh koh

    ReplyDelete
  27. BRO_MONDAY : x perlu komen bro.. aku phm perasaan sorang suami.. sikit je la. haHa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...