Friday, 3 June 2011

Musim buang bayi kembali lagi!!!

Sehari selepas berita bayi mati dicampak dari tingkat 5 pangsapuri, satu lagi kes buang bayi di ruang membuang sampah sebuah rumah teres di Taman Pelangi, Rawang. klik sini untuk info penuh.. Dikatakan kelihatan 2 orang perempuan berhenti di depan kediaman berkenaan seperti membuang sampah..

Apa yg ejulz cuba bincangkan di sini adalah bagaimana caranya kita mngelakkan kejadian buang bayi seperti ini berulang @ paling tidak pun mengurangkan kejadian yg sama berulang.. Memang cara yang terbaik adalah dengan menghindarkan diri dari maksiat.. memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak2.. Dan bermacam2 lagi cara untuk menghindarkan diri dari zina..

Tapi sememangnya manusia itu bernafsu.. tambahan pula dgn bisikan syaitan @ iblis, lebih lagi mendorong manusia melakukan kemaksiatan.. Jadi di sini ejulz nak dengar pendapat korang semua, apakah tindakan yang wajar diambil oleh mereka2 yang terlanjur sehingga melahirkan anak luar nikah?

Sebagai seorang lelaki, memang perlu bertanggungjawab di atas yg dah dilakukan.. Tapi mungkin malu untuk menerima hakikat @ takut dengan keluarga, si lelaki tidak mahu mengahwini kekasih hati yg dah dibuntingkan. Apakah yg patut si lelaki lakukan dalam situasi camtu?

Sebagai seorang gadis pulak, sememangnya takut dengan keluarga.. maklum laa bila dah menconteng arang ke muka keluarga, mesti mengamuk punya.. Dan takut dipandang hina oleh masyarakat setempat.. apakah tindakan yg wajar diambil oleh gadis tu?

(Sama2 laa kita fikir, apa yang akan kita buat sekiranya kita berada di tempat diorang..)

N3 ini ditulis sekadar ingin mendengar suara masyarakat yg prihatin terhadap kes2 sebegini.. ingatlah anak2 muda di luar sana (termasuk laa ejulz sendiri), kesedapan itu hanya sementara di dunia.. tapi penyiksaanNya terlalu lama utk ditanggung di akhirat sana.. sama2 laa kita beringat.. semoga kita semua dijauhkan dari perkara maksiat sebegini.. amin..

30 comments:

  1. nafsu sukar di kawal .

    letak iman di depan , nafsu di belakang . hidup msti layan ;)

    ReplyDelete
  2. tuh lar..xnk baby tuh..!!meh bagi daku!huh~!

    ReplyDelete
  3. bagi si gadis, jangan lah terlalu obses dgn kekasih..letak kan di dalam hati "kalau dah jodoh tak kemana"..so, xpyh dating2 bg elakkan maksiat..peace!

    ReplyDelete
  4. hehehehe...
    ingat kan ada org buang baby kat dpn umah ejuiz gak..hhahahha...
    hope kita di jauhkan dari sifat2 pembuangan anak nie...

    ReplyDelete
  5. asroL : SUBHANALLAH...mintak dijauhkan dari perkara x diingini terjadi pada diri kita semua...jauhi zina, itu sebaiknya...jika ada adek atau anak pompuan, kena pantau dari awal...jika ada adek atau anak laki² pulak, kena bentuk dari kecik lagi...peranan setiap individu x boleh harap kepada pihak lain...di sekolah pulak guru memainkan peranan penting....bila dah besar, susah dah nak ajar..."MELENTUR BULOH PATUT DARI REBUNG"...rancangan TV jugak menjadi punca!!! bukan nak tuding jari sana sini, tapi hakikat yam perlu kita tahu dan ambil tahu...
    seeloknya drama macam ini http://bromondayslife.blogspot.com/2011/06/drama-pilihan-bro-monday.html banyak ditayangkan di semua siaran tv...

    ReplyDelete
  6. dorang ni jenis fikir seronok tanpa memikirkan kesan dibelakang hari.. yang lelaki lepas tanggungjawab yang perempuan sakit bersalin tak hilang dah buang bayi.. itu memang jenis hati kering..

    moga mereka sedar dan insaf atas apa yang dorang dah lakukan..

    ReplyDelete
  7. bagi sayalah, kalau dosa sebesar itu pun dorang boleh buat, apatah lagi nak bunuh nyawa yg tak berdosa tue. tapi tue la, kita pun xtau apa nasib kita masa depan. tapi bg sy kalau kita sentiasa dekatkan diri dengan Allah, insyaAllah kita akan dipelihara oleh-Nya.

    lagipun,kan kerajaan da sediakan sekolah harapan,tp ramai yg malu nak masuk.takut makin dicaci dan makin dihina.itulah masalahnya sbb mentality masyarakat Malaysia yang apabila seseorang itu buat salah, dia akan sentiasa salah...

    mintak-mintak kita dan keturunan kita dijauhkan dari perbuatan ini. amin.

    ReplyDelete
  8. nawal addina : betul tu.. iman mesti di depan.. nafsu di belakang..

    ReplyDelete
  9. b a m b a m ' s : ye la kan.. ada org nak anak tp xde rezki.. diorang senang2 je nak buang..

    ReplyDelete
  10. La Majid : betul tu.. kalo dah jodoh xkan kemana.. :)

    ReplyDelete
  11. GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr : tu la pasal.. kene pandai bawak diri.. jgn ikut sgt nafsu.. :)

    ReplyDelete
  12. YaYa : gila ape nak buang kat dpn rumah ejulz.. terpaksa naik lif dulu.. haHa

    ReplyDelete
  13. BRO_MONDAY : idea nak bernas.. tgk cerita xmen semalam pun mcm pelik je sbb utk tontonan 13 tahun ke atas.. padahal ada adegan2 cium2.. sepatutnya 13 tahun tu belum cukup umo utk tgk cite2 camtu.

    ReplyDelete
  14. aizamia3 : amin.. semoga diorang insaf dan tidak ulang kesilapan lalu..

    ReplyDelete
  15. ima : betul tu.. persepsi masyarakat melayu ni sukar nak ubah.. kat kpg ejulz pun ada jugak kes2 terlanjur camni.. apa yg dpt dibuat adalah kawenkan diorang.. biar laa diorang perbaiki kesilapan lama..

    ReplyDelete
  16. hmm..nauzubillah...
    jagalah hbgn kita dgn Allah..
    semoga Allah jaga kita dari perkara2 cmtu...
    hmm..

    ReplyDelete
  17. sedih sgt brita2 cmni...tp apakn daya kita,doakn saja kesejahteraan BB tu.. :(

    ReplyDelete
  18. ish..nak lempar anak kucing pun tak snggup..inikan ada yg lempar baby dari pangsapuri...

    buang bayi dh makin berleluasa....geramnya!!!

    ReplyDelete
  19. hurmmm... tak tahu lah nak kata apa.. pasal kes ni tak pernah nak surut.. tak mustahil satu hari nanti bila ada anak luar nikah tu perkara biasa dah orang pun tak heboh2 dah

    ReplyDelete
  20. liyana : amin.. semoga kita dijauhkan dari perkara sebegitu..

    ReplyDelete
  21. k. pijot: semoga bb tu hidup bahagia bersama family angkat.. amin

    ReplyDelete
  22. yana: kadang2 ejulz terpaksa tendang kucing.. xde la tendang macam tendang bola.. tendang sikit macam nak usir.. kdg2 takut kucing lompat kat ejulz masa makan.. lbh lagi kalo makan kat kedai.. heHE

    ReplyDelete
  23. Ain Zulaikha : betul3.. kalo mcm tu dah jadi negara barat pulak.. minta jauh perkara camtu..

    ReplyDelete
  24. kehidupan manusia sekarang dah jauh dri landasan yang betul.

    yang salah tue mereka betulkan.tue yg jadi mcm nie. inilah jdinye bila nafsu lebih di utamakan dri iman dan pemikiran yang waras.

    ReplyDelete
  25. ain nadzirah : betul tu.. yg salah diorang buat.. yg haram dihalalkan.. smoga kita dijauhkan dari perkara camtu..

    ReplyDelete
  26. paling sedih kes buang bayi yang di baling dr tinkat lima tu..

    sakit hati n sedih sesangat apabila bayi di baling macam sampah....T_T

    ReplyDelete
  27. kejam kan org yg buang anak ni. :(

    ReplyDelete
  28. ila: orang camtu patut kene hukum bunuh je.. x berperikemanusiaan..

    ReplyDelete
  29. adrina : mmg kejam.. lbh kejam dr binatang.. binatang pun syg anak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...