Thursday, 16 June 2011

ALONGGG!! PINJAM DUIT..

waaaaa... lama x buat entri.. 2 hari dah x buat entri.. 2 hari dah mcm 2 bulan je rasa.. heHe.



JOHOR BAHRU: “Ini ikhtiar akhir, saya mahu jual buah pinggang atau mata pada harga RM1 juta untuk melunaskan hutang along,” demikian luah ibu kepada dua anak berusia 35 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah di sini, semalam.

Suami Fatimah dikenali sebagai Ahmad, 39, terpaksa menanggung kadar bunga mencecah RM54,000 sejak September lalu melalui pinjaman RM30,000 untuk memulakan perniagaan, sudah tidak tahan lagi diganggu lelaki tidak dikenali yang sering datang ke kediamannya di Larkin di sini, bagi menuntut hutang terbabit.

Fatimah yang tidak bekerja berkata, dia sedar perbuatan menjual organ tubuh salah di sisi undang-undang, tetapi beranggapan ia jalan terakhir mampu dilakukannya bagi melunaskan hutang secepat mungkin.

“Saya melakukannya kerana tidak sanggup melarikan diri daripada buruan along selain kasihan dengan ibu yang sering menjadi mangsa maki-hamun lelaki tidak dikenali.

“Harga diletakkan pula memang tinggi kerana saya beranggapan selepas menjual organ, saya mungkin berdepan masalah kesihatan dan wang itu akan digunakan untuk membiayai kos sepanjang hayat,” katanya.









Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya


Ermmm.. xtau la nak kata apa lagi.. media dah main peranan.. berita2 mangsa Along disiar di dada akhbar, di kaca tv.. tp masih jugak nak pinjam.. Kerajaan pun dah main peranan.. buat kempen anti Along.. "JANGAN PINJAM ALONG!! JANGAN PINJAM ALONG!!" tp masih jugak nak pinjam..

Kebanyakan mangsa2 along ni biasanya mempunyai masalah kewangan.. ye la kan xkan la orang kaya nak pinjam duit along.. aneh!! haHa.. Bagi ejulz kalo xnak terlibat senang je.. kawal NAFSU!.. kawal nafsu berbelanja.. berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan.. tapi kebanyakan manusia ni suka berlagak, nak tunjuk diri hidup mewah padahal kat rumah makan maggie.. heHe

satu lagi kene pandai buat simpanan.. bila dah terdesak nak guna duit boleh laa guna duit simpanan tu.. xyah laa nak pakai Along segala.. Nak kumpul duit!! nak kumpul duit!! nak kumpul duit buat kawen. xyah pinjam bank.. :P

Mintak2 laa impian ejulz nak kumpul duit tercapai.. doakan ejulz k.. :)

16 comments:

  1. kenapalah nak pinjam duit dari along...huhuhu..kot iya pun nak berniaga,gunalah cara yg tak menjerat diri

    ReplyDelete
  2. hmm..siannye
    jgnla terlbt ngn along..

    amin..smoga berjaya kumpul=)

    ReplyDelete
  3. aritu jual buah pinggang nk beli iphone eh..ntah pape je

    jom singgah sini lak;
    http://www.my-shopping2u.com/2011/06/blog-yang-menerima-hadiah-dari-saya.html
    nk jdi cam mereka x?

    ReplyDelete
  4. Ila : tu la pasal.. dah tau bunga tinggi nak jugak pinjam. mintak jauh la terlibat ngan along ni.. kalo ngan abg long n kak long xpe la jugk kan? heHe

    ReplyDelete
  5. liyana : tu la pasal.. thankz.. :)

    ReplyDelete
  6. nawal addina : nape? heHE

    ReplyDelete
  7. selalunye org yg pinjam along nie mmg dah xde jln lain kot..tue boleh terjebak..

    mintak2 kite dijauhkan dri pinjam2 along nie.

    ReplyDelete
  8. kalau gaya tak de duit..pinjam duit bro ejulz nie....dia nie kaya nie..suka menabung!!!hahaha

    boleh ke cmtue???

    saya bukan along tapi nak tolong!!!

    ReplyDelete
  9. ain nadzirah ; tu rrr.. mintak2 dijauhkan dari pkara camni.. kita kene pikir jangka masa panjang jgak.. bkn fikir nk senang dlm jangka masa pendek je..

    ReplyDelete
  10. yana: ye la tu.. menabung utk masa depan.. heHe

    ReplyDelete
  11. asroL : tu sume buat pengajaran untuk kite semua...sedih jugak baca berita ni...susah² kite masih ada lagi yam lebih susah...

    ReplyDelete
  12. pinjam along xpe tapi along tu merujuk kepada abang atau kakak yang sulong ye hehehe

    ReplyDelete
  13. BRO_MONDAY : betul tu bro.. susah2 kita ada lagi yg lbh susah.. yg peliknya yg lebih susah tu pun x pinjam along..

    ReplyDelete
  14. Afikah Aziz : kalo along tu xpe.. heHE.. x bayar pun xpe.. haHa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...