Tuesday, 19 July 2011

Perintah Berkurung : Buru Buaya Ganas

SARATOK SARAWAK: Lebih 2,000 penghuni empat rumah panjang dan dua perkampungan di sepanjang Sungai Seblak, Kabong di sini, diarah menjalani perintah berkurung selama lima hari selepas pihak berkuasa membabitkan polis dan tentera menggerakkan operasi besar-besaran bermula semalam bagi memburu buaya ganas di sungai itu.

Arahan pihak berkuasa itu membabitkan penduduk Iban dan Melayu di kawasan berkenaan yang diminta menghentikan semua aktiviti di sungai bermula jam 4 petang sehingga 12 tengah malam sehingga Jumaat ini.

Arahan itu bagi melicinkan operasi menangkap kira-kira 60 buaya ganas setiap satu berukuran 2.5 meter dan dikenal pasti mengancam keselamatan penduduk kawasan itu.

Ketua Penyelaras Operasi merangkap Pegawai Tadbir Kanan Pejabat Daerah Kabong, Nazari Bujang berkata, larangan turun ke sungai itu bertujuan memastikan keselamatan penduduk terjamin ketika operasi dijalankan.

Menurutnya, arahan perintah berkurung itu dibuat kerana pihaknya bimbang kemungkinan penduduk terkena peluru sesat kerana anggota yang terbabit dalam operasi berkenaan akan melepaskan tembakan jika terserempak buaya dikenal pasti mampu mengancam nyawa.

“Memang kita akui sungai menjadi nadi utama kehidupan harian penduduk di kawasan itu, tetapi kami berharap sepanjang tempoh operasi, mereka mematuhi arahan supaya menghentikan sementara aktiviti di sungai.

“Jika penduduk mahu keluar ke pekan, mereka boleh menggunakan jalan darat dari Kampung Emplam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Operasi yang dijalankan kira-kira jam 8 pagi itu membabitkan 30 anggota Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), polis, tentera, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Ikatan Relawan Rakyat (Rela).

Berdasarkan rekod SFC, dianggarkan 300 buaya menghuni sungai berkenaan dan 60 daripadanya berukuran 2.5 meter panjang dan dikenal pasti mengancam keselamatan penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Lee Thai Lein berkata, operasi dilancarkan selepas beberapa kes serangan buaya terhadap penduduk berlaku di sungai berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, susulan itu, penduduk di tebing sungai merayu pihak berkuasa mengambil tindakan segera menangkap buaya ganas di sungai itu bagi mengelak lebih ramai penduduk menjadi mangsa.

“Operasi dijalankan SFC bermula dari Roban hingga muara Sungai Seblak dan polis serta beberapa agensi lain turut membantu memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang gerakan dijalankan,” katanya.
p/s: ni buaya ganas lam sungai.. buaya darat camne pulak..? kene perintah berkurung jugak x? heHe


11 comments:

  1. asroL : adess...buaya darat ada x? koh koh koh

    ReplyDelete
  2. Bro_Monday: aku bukan tergolong dlm golongan buaya darat k.. haHa.. belajar utk setia.. heHe

    ReplyDelete
  3. dulukan nenenk citer our great great granny pernah kena gigit buaya kat sarawak, ouch!

    ReplyDelete
  4. Enna Banana : org kpg emak ejulz pun penah kene gigit buaya.. dia terselamat sebab tangan dia sempat capai sesuatu di darat n sebelah tgn berusaha lawan.. alhamdulillah terselamat tp cedera parah..

    ReplyDelete
  5. buaya darat pon kena tangkap jugak ar!! hahahahahah...

    banyak betol buaya ganas! perggghhh.. tak keluar rumah lar den cenggituh..huhu

    ReplyDelete
  6. biar betul?sampai kne berkurung?aishh,buaya buaya..

    ReplyDelete
  7. buaye darat begi ketuk sikit kepala tuh. uhuk. takotnye buaya. sekali ngap. peh.

    ReplyDelete
  8. b a m b a m ' s : buaya darat ni biasanya JAWI yang tangkap.. heAHe

    ReplyDelete
  9. fatanahzakirah : mesti laa berkurung.. kalo x berkurung, kang dikurung lam perut buaya pulak.. heHE.. ngeri bila dgr ada 300 buaya lam sungai.. sekor pun dah cukup ngeri..

    ReplyDelete
  10. .izzati liyana.: buaya darat x makan ketuk.. heHE

    ReplyDelete
  11. sila tangkap buaya2 darat yg ada hokeh !!! :))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...