Thursday, 30 June 2011

Tahniah Malaysia!!!

Tahniah kepada pemain2 bola sepak kebangsaan Malaysia.. Harimau Malaya mengalahkan Taiwan 2-1 pada perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.. Semangat yang ditunjukkan oleh para pemain memang meyakinkan penonton utk memenangi perlawanan malam tadi..

Pasukan Harimau Malaya perlu lebih tenang apabila berada di dalam gelanggang.. Dengan ketenangan semestinya skuad Harimau Malaya mampu membuat serangan2 yg mampu membolosi gawang gol lawan.. Bak kata Bintang Uruguay ,Diego Forlan, kunci kejayaan Uruguay di Copa America bergantung kepada ketenangan pemain menghadapi saingan..

Dan yang paling mengharukan apabila penyokong sama2 bangun menyanyikan lagu kebangsaan.. Semangat sebegini laa yang patut dikekalkan bagi memastikan skuad Harimau Malaya terus maju di hadapan.. kerana dengan sokongan penyokong jugak laa memberi semangat kepada para pemain.. tak dapat dibayangkan kalau stadium bukit jalil malam tadi penuh.. 3/4 stadium dah cukup menghangatkan suasana.. memberi semangat kepada pemain.. ejulz percaya, sekiranya stadium penuh malam tadi, mungkin skuad Harimau Malaya mampu meraih lebih banyak gol..

ape2 pun mari kita sama2 doakan agar skuad kebangsaan.. skuad kebanggaan kita terus maju ke hadapan dan sekali gus layak ke Piala Dunia.. TAHNIAH MALAYSIA!!



Wednesday, 29 June 2011

Rinduuuuuuuuu..

Salam buat akak2, abg2 n adik2 blogger.. dah lama rasanya x berblog.. jgn tanya ejulz pulak kenapa x berblog sejak kebelakangan ni.. heHe.. tp ejulz nak jawab jugak.. heHe.. mungkin bz, mungkin bnyk assignment, mungkin bnyk aktiviti lain dan mungkin XDE IDEAA.. HEhE.. @ mungkin sejak mengenalinya ejulz lbh bnyk meluangkan masa bersamanya.. heHe

walau apa pun, ejulz tetap rinduuu kat korang sume.. rindu nak dengar cite korang.. rindu nak dengar pendapat korang.. rindu dengan contest2.. rindu dengan segmen2..dan yang paling ejulz rindu, rindu dengan gelak tawa korang.. heHe. ejulz nak ucapkan terima kasih kerana sudi menemani ejulz sepanjang ejulz berblog.. korang laa kawan yg bnyk memberi kata semangat kpd ejulz dlm menempuh titian kehidupan ini.. :)

tapi diatas kesibukan yg melanda sejak kbelakangan ni, ejulz dah jarang berblog.. jarang buat entry.. xtau la ada org sudi ke x jenguk blog ejulz yg x berapa nk cantik ni sepanjang ejulz x berblog..  heHE...

ape2 pun.. harap2 kali ni lebih bersemangat utk berblog.. heHe


Thursday, 16 June 2011

ALONGGG!! PINJAM DUIT..

waaaaa... lama x buat entri.. 2 hari dah x buat entri.. 2 hari dah mcm 2 bulan je rasa.. heHe.


Monday, 13 June 2011

Inikah cinta..!!!

Aku cuba untuk mendekati
Tapi engkau tiada peduli
Tulusnya niat di hati
Mungkin kau tersalah erti



Bukannya ingin merantai dirimu
Ataupun mengikat janji
Masih ada banyak lagi
Harus kau pelajari



Aku ingin kemesraan
Serta senyum keramahan
Biar kekal berterusan
Tak hilang di tengah jalan



Kau rahsiakan kedinginan menyelimuti hati
Aku juga kedinginan kerana sikapmu itu
Walaupun setebal mana selimut membaluti
Aku masih kedinginan sepi tanpa berteman



Kedinginanmu kerana malam
Yang masih lagi panjang



Kedinginanku jauh bandingan
Dengan dirimu



Usah biar malam tak berteman
Usah biar siang kekosongan
Sudilah kau memahami
Ketulusan hati ini



Andainya aku merajuk bawa hati
Dan kau pun membawa diri
Siapa harus disalahkan
Pasti kita berdua

adehhh.. layan lagu jiwang pulak.. syahdu betul la lagu allahyarham achik spin ni.. adehhh.. makan x lalu, tid0 x lena, mandi x basah.. inikah cinta? huHu

Friday, 10 June 2011

Jururawat diculik nyaris dijual

KUALA LUMPUR: Seorang jururawat berusia 22 tahun kini trauma selepas diculik sebelum dipukul sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika berada di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Wangsa Maju, di sini, kelmarin.



Difahamkan, selepas menculik wanita itu, kumpulan terbabit membawa mangsa ke lokasi tidak diketahui dan mahu menjualnya kepada individu lain yang sedia menunggu.


Namun, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, urusan tiga suspek terkubur apabila mangsa berjaya melarikan diri.


Biarpun jururawat itu dikejar ketiga-tiga penjenayah terbabit, dia menyembunyikan diri di dalam stor sebuah kedai makan di kawasan berkenaan selama tiga jam dan sebaik merasakan selamat, dia keluar dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira jam 4.30 petang.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang berjalan sendirian di kawasan LRT berkenaan mendakwa dihampiri sebuah kereta BMW biru gelap dinaiki tiga lelaki sebelum pemandu kenderaan itu menegur mangsa.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Ape kejadahnya manusia skang ni.. ada benda halal yg boleh diniaga xnak, yang haram jugak dia nak buat.. adoiiii.. poning palo den.. Teringat ejulz masa kecik2 dulu.. masa tu zaman main kereta mainan yg main kat track kecik tu.. tengok kengkawan lain semua ada.. mak bapak diorang belikan.. org kaya laa katakan.. Ejulz pulak kalo nak beli benda2 camtu sory la nak dapat.. ejulz berasal dari keluarga yg xde la berada.. hidup sederhana je.. Masa tu teringin sangat nak beli kereta mainan tu.. sanggup mintak upah kat makcik2 yg jual kuih pusing satu kampung jual kuih.. bapak ejulz kira femes jugak la kat kpg.. jd ejulz jual la nama bapak ejulz.. dgr je nama bapak ejulz terus diorang beli.. heHe.. hebat jugak kan bapak ejulz ni.. heehe. sanggup jugak pusing kampung cari tin2, botol2 yang dibuang.. pastu jual kat apek beli tin2 dan botol2 ni.. boleh laa dpt sikit duit tabung nak beli kete mainan tu..

Tapi zaman sekarang mcm dah berubah.. budak2 mana yg sanggup buat keje2 camtu.. pusing kampung jual kuih.. pusing kampung kumpul tin n botol.. x standard bagi diorang.. sanggup mencuri utk dpt duit.. kecik2 curi benda2 kecik.. dah besar camni la jadinya sanggup culik n jual manusia.. ermm.. budak2 skang ni perlu banyak pemerhatian dari org tua diorang.. kene bagi didikan awal.. jgn sampai terlambat.. ibu bapa juga perlu main peranan.. jgn percayakan anak 100%.. pernah ejulz jumpa seorang mak ni, dia seorang cikgu.. pastu serang cikgu di sekolah anaknya disebabkan terlalu percayakan anaknya.. padahal memang anaknya salah, ponteng sekolah.. satu hari tu, dia jadi panel ujian lisan kat kelas anaknya.. kantoi, anak xde kat kelas padahal dia dah hantar kat depan pagar sekolah..

Berbalik kepada kes culik jual ni, kepada anda di luar sana, berhati2 laa ketika ke tempat kerja atau berjalan2.. lebih baik berteman dari jalan sorang2.. Ejulz ada jugak kawan yg jadi jururawat ni.. member2 sekolah dulu.. diorang xde blog.. blogger yang ejulz kenal dalam bidang kejururawatan ni ada sorang je kot..

ni dia orangnye.. tengah sibok nak EXAM BESAR..heHe


korang terjah la sendiri blog dia ni.. terjah je tau, jgn nak culik jual pulak.. kang ngamuk pulak bofen dia..haHa

ape2 pun semoga kita dilindungiNya dari segala mala petaka.. aminn.

Thursday, 9 June 2011

Malam Pertama.. Sakit!! (Untuk bacaan 18 tahun ke atas shj)

Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang...! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".
Haaha.. sape x sayang anak oiii!! heHe.. bukan pasal malam pertama @ sakit gigi yg ejulz nak kongsi kat sini arini.. tapi pasal pulih dara.. semalam ejulz ada terbaca kat Metro bertajuk "Depe mahu hindar zina".. Depe tu nama panggilan penyanyi dangdut dan pelakon Indonesia .. si Dewi Persik yang merupakan seorang janda.. Dia dikatakan membuat pembedahan pulih dara di Mesir utk tujuan menghindar zina dan hanya melepaskan keperawanan barunya kepada suaminya akan datang..

Persoalannya di sini, adakah lelaki lebih cenderung menerima wanita yg dara fizikalnya @ 'dara' akhlaknya? Apa pandangan lelaki pasal isu ni? dan apa pulak pandangan wanita dalam isu ni? Daripada apa yang dibuat oleh Dewi Persik yg sanggup menjalani pembedahan pulih dara di Mesir jelas menunjukkan sebilangan wanita di luar sana berpendapat yang lelaki hanya menerima wanita yg dara fizikalnya..

Pernah jugak terbaca isu2 sebegini kat ruangan2 luahan hati kat majalah2 dan akhbar.. sekadar mahu mendengar pendapat ramai.. ape2 pun kita doakan supaya kita dijauhkan dari kemaksiatan.. amin..

Wednesday, 8 June 2011

Giveaway | Cik Bambam nak minta TOLONG!

waaa.. cik bambams ada GA laa.. nak join laa.. hiHi.. sory lambat..


ni dia banner cik bambams..

syarat2nya adalah:

1. Tepek banner di atas nie dekat entry korang dan link kan. Sidebar suka ati.. :)

2. Follow or tidak.. depends..tapi korang kena hup to date lar ngan adiah nanti..yer dak? (kan sinikal ayat nie?cakap jek ar suh follow..hahahah)

3. Tell your family and friends to ‘Like’ us on Facebook (http://www.facebook.com/churpchurp )

4. Dah klik LIKE kat fan page Churp Churp tuh.. korang klik lar LIKE kat pic dennn! :P


5. Tag lar kawan masing-masing (optional)

tamat pada 13 Jun tepat jam 11.59 malam!

nak tag:



GUD LUCK YA CIK BAMBAMS.. :)

hadiah2nya? korang tengok la sendiri kat sini..





 

Tuesday, 7 June 2011

KISAH BENAR : Anak2 akhir zaman

"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu "(Luqman:14)



MUJIB (bukan nama sebenar) semakin gusar. Anak gadisnya, Julie (bukan nama sebenar) sering pulang lewat ke rumah.

Dia juga sudah tidak berminat untuk belajar sehingga memaksa Mujib menghentikannya daripada sekolah. Puas dia menegur dan memarahi anaknya itu tetapi ia berlalu bagaikan mencurah air di daun keladi, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Lebih membimbangkan, apabila beberapa orang rakan sekerjanya memberitahu yang mereka pernah terserempak dengan Julie di salah sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang.

Menurut mereka, pakaian Julie ketika itu sangat seksi dan sedang berpelukan dengan lelaki bukan Melayu.

Walaupun jauh di sudut hatinya Mujib tidak mahu mempercayai kata rakan-rakannya itu, tetapi dia sedar sesuatu harus dilakukan, bak kata pepatah kalau tidak ada angin, mana mungkin pohon bergoyang.

Oleh kerana tidak mahu membuat tuduhan melulu, Mujib mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri pergerakan anak gadisnya itu.

Dia akhirnya akur. Sesuatu harus dibuat sebelum nasi menjadi bubur.

Suatu malam ketika sedang menonton televisyen di rumah bersama isterinya, Mujib tercium bau wangi. Ketika itu dia melihat Julie sudah siap bersolek dan berpakaian seolah-olah hendak pergi berpesta.

Setelah ditanya berkali-kali, akhirnya Julie mengaku hendak keluar berjalan-jalan bersama teman lelakinya.

Apalagi mengamuksakanlah Mujib!

Dimakinya Julie semahu-mahunya.

Nasib baiklah isterinya cepat meredakan suasana, kalau tidak sudah pasti pipi Julie melekat dengan penampar sulung Mujib.

"Sejak itulah dia memasang dendam terhadap saya,'' kata Mujib kepada penulis.

Menurutnya, selepas insiden itu perangai Julie tiba-tiba berubah menjadi baik dan tidak lagi berani keluar malam.

Sebagai bapa, katanya, siapa yang tidak gembira dengan perubahan itu.

Namun yang agak menghairankannya ialah Julie semakin manja dengannya. Bahkan adakalanya Julie yang berumur 15 tahun itu tidak segan silu tidur di atas ribanya, mengurut kakinya dan pernah satu ketika membelai-belai rambutnya.

Pun begitu Mujib dan isterinya langsung tidak menaruh sebarang syak wasangka terhadap kelakuan anak mereka.

Sehinggalah pada suatu hari sewaktu Mujib hanya tinggal berdua dengan anaknya itu di rumah mereka.

Ketika itu isterinya sudah keluar ke pejabat.

Tiba-tiba Mujib terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya.

"Abah, masuk kejap dalam bilik,'' kata Julie.

Mujib yang tidak menyangka sebarang keburukan akan berlaku, terus ke bilik Julie.

Alangkah terperanjat Mujib sewaktu masuk ke dalam bilik tersebut, kerana anak perempuannya itu hanya memakai coli dan seluar ketat berwarna hitam.

Belum sempat dia berkata apa-apa, tiba-tiba Julie merangkul tubuh dan mencium bibirnya dengan rakus.

Serentak dengan itu juga Julie melondehkan seluarnya dan berlakulah perbuatan terkutuk antara bapa dan anak kandung sendiri.

"Walaupun ia merupakan dosa besar tetapi iman saya ketika itu terlalu lemah, saya tewas dengan nafsu sendiri sehingga tidak mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.

Yang menghairankan saya, sewaktu tengah `bersama' tiba-tiba ada suara halus yang berbisik di telinga, ia seolah-olah memberitahu yang saya sudah jauh terpesong.

"Saya yang terkejut dengan suara itu terus menolak tubuh Julie dan menyarungkan semula pakaian saya.

Dalam erti kata lain "kejadian" itu berlaku tidak sampai tiga minit,'' katanya.

Menurut Mujib, anak gadisnya ketika itu hanya ketawa manja melihat kelakuannya, malah sempat merengek agar `permainan' yang terhenti itu disambung semula.

Dia bagaimanapun tidak menghiraukan pujukan Julie dan terus keluar dari rumah.

Semuanya berjalan seperti biasa selepas hari itu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Bagaimanapun ketika dia pulang kerja pada suatu malam, isterinya tiba-tiba menangis sambil memberitahu yang Julie mengaku telah mengandung tiga bulan, dan menuduh dia sebagai orang yang bertanggung jawab ke atas perbuatan terkutuk itu.

"Akhirnya baru saya tahu yang Julie sebenarnya sudah memasang perangkap untuk mengenakan saya, setelah teman lelakinya bertindak meninggalkannya."

"Julie yang memang berdendam dengan saya merasakan inilah saat terbaik untuk membalas dendam kesumatnya itu.

Pun begitu saya yang paling bersalah dalam hal ini, saya sepatutnya melindungi Julie ke jalan yang benar dan bukannya tewas dalam perangkapnya,'' kata Mujib.

Setelah dihadapkan ke mahkamah, dia terus mengaku salah dan dikenakan penjara selama 10 tahun dan 12 sebatan. Dia yang baru menjalani hukuman penjara selama dua tahun itu bagaimana pun kini sedang merayu kepada mahkamah agar hukuman sebat itu dikurangkan seminimum mungkin.

Ujarnya, dia mungkin tidak mampu menahan azab sebatan itu kerana usianya kini sudah mencecah 49 tahun.

Dia turut menasihatkan ibu bapa supaya meluangkan lebih masa dengan anak-anak dan pada masa yang sama jangan terlalu memberikan kebebasan kepada mereka.

"Saya terlalu menyesal dengan kejadian ini tetapi ia sudah tidak berguna lagi."

"Saya juga tidak tahu adakah dosa saya akan diampunkan kerana binatang sendiri pun tidak sanggup menodai anaknya sendiri."

Kepada Julie, abah minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki di atas apa yang berlaku ini,'' katanya.

Sebelum kami menamatkan perbualan penulis ada bertanyakan isterinya tetapi Mujib berkata:

"Baru-baru ini dia ada menghantar surat untuk bercerai...saya belum memikirkannya tetapi saya tahu lambat laun saya terpaksa juga melepaskannya.



p/s sama-sama kita renungkan

Monday, 6 June 2011

Lombok!! Lombok!! Lombok!!!

Lombok!! Lombok!! Lombok!!! x abes2 pasal anak dara Malaysia dibawa ke Lombok.. bila la agaknya isu ni nak selesai.. Dulu pernah jugak buat entry pasal ni.. klik sini..

“Saya tidak akan percaya lagi lelaki Indonesia, malah menyesal dengan tindakan diambil kerana hanya dijadikan pemuas nafsu. Sepanjang di sana, saya hanya mampu menangis mengenangkan nasib malang.

“Justeru, saya ingin menasihatkan mana-mana gadis atau wanita di negara ini tidak mudah terpedaya dengan lelaki Lombok. Jangan berkawan dengan mereka kerana akhirnya menimbulkan pelbagai masalah.

“Pada mulanya, saya percaya lelaki itu boleh dijadikan tempat bergantung hidup tetapi rupa-rupanya anggapan saya meleset,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumah keluarganya, di sini.

Begitulah kata nasihat daripada mangsa kali ni yang selamat pulang ke rumah keluarganya di Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang.. Mangsa dikatakan ke Lombok untuk tujuan berkahwin tetapi akhirnya ditipu si lelaki.. x jadi kawen.. Selalu dgr kes2 camni keluar dalam media tapi masih lagi berulang.. x tau mana silapnya..

Kebanyakan mangsa Lombok mengatakan mereka merasakan diri mereka dipukau sehingga mengikut sahaja kemahuan lelaki Lombok sehingga mahu meninggalkan keluarga untuk ke Lombok.. Jadi, adakah kejam sekiranya pihak berkuasa MENGHARAMKAN PENGAMBILAN PEKERJA LOMBOK?? Setelah banyak kes2 yang melibatkan anak gadis Malaysia.. Bukannya menulis entry ni sebab x suka orang Indonesia.. ejulz pun tengok jugak cerita2 Indonesia ni.. dengar jugak lagu2 diorang.. suka jugak artis2 diorang.. Tapi disebabkan sikap yg tidak bertanggungjawab kebanyakan orang2 lombok ni, ejulz x berapa suka sgt dgn perangai org2 Lombok..

Mungkin pihak media telah memainkan peranan diorang utk mengingatkan anak gadis Malaysia supaya jgn terlalu percaya mamat2 Lombok ni, tapi bak kata mangsa2 sebelum ni mereka seperti kene pukau.. melakukan apa sahaja kemahuan mamat2 Lombok ni.. Jadi satu sahaja cara penyelesaian dengan MENGHARAMKAN PENGAMBILAN PEKERJA LOMBOK!!!

Apa pendapat korang?? Geram jugakkan bila dengar berita2 camni.. korang cuba la bayangkan perasaan mak bapak mangsa yang dibawak lari ke LOmbok.. sedihh beb..

Saturday, 4 June 2011

Ramai betul awek cun arini...

berblogging sambil layan lagu jiwang jap.. heHe. Lagu pilihan arini adalah:

PELENGKAP HIDUPKU - Eren (feat. Romi)

Aku Bagai Laut Tak Bertepi Dan Tak Berkarang
Aku Bagai Bintang Yang Tak Di Temani Malam

Melihat Dirimu Ada Senyum Canda Dan Tawa
Yang Membuat Aku Tak Ingin Pergi Dari Mu

Teringat Janji Lama Mu Kepada Ku
Teringat Aku Teringat
Teringat Saat Kau Masih Ada Di Sini
Temani Ku Sepanjang Hari

Bila Kau Pergi Jauh
Ingatlah Aku
Bila Ku Di Samping Mu
Peluk TubuhkU
Bila Kau Rindu Aku
Panggil Namaku
Ku Datang Menemui Mu

Kau Peluk Erat Jasadku Jangan Lepaskan
Tetaplah kau dsini arungi malam

Karena Hanya Dirimu Belahan Jiwa
Pelengkap Ku Di Dunia

Aritu ejulz ada minta pendapat rakan blogger, aktiviti yg berfaedah yg boleh dibuat pada masa lapang.. klik sini.. bukan apa, ejulz dah boring dgn aktiviti harian ejulz.. asyik buat benda yg sama je.. heHe

Arini ejulz dah jumpa satu aktiviti yg ada faedahnya.. ejulz pegi seremban awal pagi..  sanggup keluar rumah awal pagi semata2 nak pegi join member buat catering.. ada gak faedah sikit... masyukkkk!!! walaupun cuma RM50 je.. boleh laa buat tambah duit minyak motor.. heHe. selain tu boleh laa tambah kenalan.. dpt laa kenal ngan budak2 catering lain.. dan yang lebih penting (xtau la ni berfaedah ke x.. huHu) dpt usha awek2 cun.. ramai giler.. haHa. ayat xleh blah.. haHa. tgh2 usha tu, dgn kontrol macho lagi buat keje tiba2 tgk org ramai usha baik sorang awek ni.. ejulz pun pandang la minah tu.. biasa2 je muka dia.. bila dah dekat dgn dia, terdengar laa suara dia yang xtau nak kata apa.. haHa.. rupa2nya 'dlm botol' aka mak nyah.. ada jugak tersesat 'dlm botol' di sebalik awek2 yang cun tadi.. adehh.. seb baek la ejulz xde nak usha ke ape.. heHe.

Muka pengantin macam penah tengok.. blogger kot.. x sure.. huHu.

Friday, 3 June 2011

Musim buang bayi kembali lagi!!!

Sehari selepas berita bayi mati dicampak dari tingkat 5 pangsapuri, satu lagi kes buang bayi di ruang membuang sampah sebuah rumah teres di Taman Pelangi, Rawang. klik sini untuk info penuh.. Dikatakan kelihatan 2 orang perempuan berhenti di depan kediaman berkenaan seperti membuang sampah..

Apa yg ejulz cuba bincangkan di sini adalah bagaimana caranya kita mngelakkan kejadian buang bayi seperti ini berulang @ paling tidak pun mengurangkan kejadian yg sama berulang.. Memang cara yang terbaik adalah dengan menghindarkan diri dari maksiat.. memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak2.. Dan bermacam2 lagi cara untuk menghindarkan diri dari zina..

Tapi sememangnya manusia itu bernafsu.. tambahan pula dgn bisikan syaitan @ iblis, lebih lagi mendorong manusia melakukan kemaksiatan.. Jadi di sini ejulz nak dengar pendapat korang semua, apakah tindakan yang wajar diambil oleh mereka2 yang terlanjur sehingga melahirkan anak luar nikah?

Sebagai seorang lelaki, memang perlu bertanggungjawab di atas yg dah dilakukan.. Tapi mungkin malu untuk menerima hakikat @ takut dengan keluarga, si lelaki tidak mahu mengahwini kekasih hati yg dah dibuntingkan. Apakah yg patut si lelaki lakukan dalam situasi camtu?

Sebagai seorang gadis pulak, sememangnya takut dengan keluarga.. maklum laa bila dah menconteng arang ke muka keluarga, mesti mengamuk punya.. Dan takut dipandang hina oleh masyarakat setempat.. apakah tindakan yg wajar diambil oleh gadis tu?

(Sama2 laa kita fikir, apa yang akan kita buat sekiranya kita berada di tempat diorang..)

N3 ini ditulis sekadar ingin mendengar suara masyarakat yg prihatin terhadap kes2 sebegini.. ingatlah anak2 muda di luar sana (termasuk laa ejulz sendiri), kesedapan itu hanya sementara di dunia.. tapi penyiksaanNya terlalu lama utk ditanggung di akhirat sana.. sama2 laa kita beringat.. semoga kita semua dijauhkan dari perkara maksiat sebegini.. amin..

PEMAKLUMAN KEPADA PELAJAR TAJAAN JPA DI UITM (DIPLOMA) –PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA 1 (PIDN1/2011)

Pelajar tajaan JPA di UiTM (Diploma) di bawah PIDN1/2011 dikehendaki menghantar dokumen perjanjian (3 salinan) dan Borang Setuju Terima /Lampiran B (2 salinan) yang telah lengkap ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) di kampus cawangan masing-masing sebelum 5/6/2011 (Ahad).

 
Kegagalan untuk menghantar dokumen pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan kelewatan bayaran biasiswa kepada pelajar. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-8885 3393/3061 atau emel ke suzianti.zainal@jpa.gov.my  atau hasaliza.nawi@jpa.gov.my .

 
p/s: ejulz nak ucapkan semoga berjaya kepada adik2 yg bakal melanjutkan pelajaran di menara gading.. Teruskan usaha dan jadikan ibu bapa sbg sumber inspirasi untuk terus berjaya dalam pelajaran.. gud luck.. :)

Thursday, 2 June 2011

Asyik main je!! buat la keje berfaedah sikit!!!

Dulu masa kita kecik2, selalu dengar org2 tua kita @ kakak2 @ abang2 kita nasihatkan kita supaya buat keje berfaedah.. Jangan asyik nak main je keje.. Dan ejulz percaya, korang pun mesti selalu nasihatkan anak2 korang, adik2 korang supaya buat keje berfaedah.. Banyakkan belajar dari bermain.. betul x?

Tapi bagi ejulz, dengan usia yg sudah meningkat naik (mesti la meningkat naik.. ada ke usia meningkat turun?.. heHe) ejulz banyak main2 dari buat keje berfaedah.. ejulz laa k, korang ejulz xtau.. heHe. Aktiviti banyak dihabiskan dengan fb, blog, tgk muvie, boling, futsal, jalan2 (kadang2 xtau arah tuju.. heHe).. Dan 50% kehidupan seharian di masa lapang banyak habis dengan main game je (PS2).. macam budak2 x aktiviti ejulz.. haHa

Kalo kecik2 dulu asyik main game je, memang kene marah mak.. maklum laa bil elektrik naik gara2 ejulz main game je.. heHe.. sekarang bila dah makan, minum, bil elektrik, bil air, rumah ditanggung sendiri, hidup dah bebas, dah xde org nak membebel kat kita supaya buat keje faedah.. Akibatnya, buat la benda2 yg dikatakan x berfaedah tu (main game).. Nak buat camne, dah xde aktiviti lain.. heHe. kalo nak slalu sgt keluar tgk muvie & boling, bnyk sgt duit keluar.. xde simpanan pulak.. simpanan pun bukan utk org lain, utk mak bapak kat kpg jugak.. mana tau tgh2 diorang ada masalah kewangan, sbg anak yg hensem lagi bergaya ejulz kene laa bertanggungjawab tolong diorang.. heHe (ayat perasan.. huHu).

Ermm.. tiba2 rasa aktivi harian ejulz di masa lapang x berfaedah.. korang rasa apa benda yg berfaedah ejulz boleh buat di masa lapang ek? cecite.. cecite.. heHe

Wednesday, 1 June 2011

Kesan Tak Baca Bismillah

DICERITAKAN OLEH SEORANG PEMBACA (TOK DAHAMAN) YG TINGGAL DI KG SIDAM, KEDAH KPD MAJALAH IKTIBAR.

Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin di hujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari, tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara itu, jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walau bagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu drp budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di mana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sahlah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk di tempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...). Syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai.

Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah. Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang di rambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu, letih lah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak.

Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebutlah nama Allah... atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...