Sunday, 1 April 2012

Ibarat Bulan Dikala Malam

Mataku ibarat bulan..
Bulan yang berjaga malam utk menerangi alam..
Bulan yang sntiasa taat dgn suruhanNya..
Berputar mengelilingi bumi..
Untuk kepentingan Insan yang bergelar Manusia..
Tiada istilah tidur malam dalam kewujudannya..

Bulan dibantu bintang2 yg berkerlipan..
Membantu memantulkan cahaya dikala gelap malam..
Tapi aku?
Tiada lagi pembantu setia spt bintang..
Pembantu yang sentiasa berada di sisi dikala senang mahupun susah..
Mungkin ini ketentuanNya..
Dan aku percaya ada Hikmah disebaliknya..

Aku hanya mampu berusaha..
Aku hanya mampu berdoa..
Dan bertawakal pada Yang Esa..
Tapi Dia yang menentukan segala2nya..

Ya Allah,
Lindungilah dia..
Kasihilah dia..
Ampunilah dia..
Berikanlah dia kekuatan..
Berikanlah dia kesihatan..
Berikanlah dia kebahagiaan..
Hanya padaMu tempat aku mengadu..

*Aku akan sntiasa menunggunya Ya Allah..

3 comments:

  1. amin...


    jom join GA saya
    http://cioccolatoworld.blogspot.com/2012/04/ga-give-away-with-slogan.html

    ReplyDelete
  2. kak ieda & yana ciccolata : tq

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...