Friday, 10 August 2012

Masyarakat Msia berpeluang menyaksikan hujan meteor Perseid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



YBhg. Datuk / Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Masyarakat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan juraian hujan meteor Perseid bermula 23 Julai hingga 22 Ogos ini. Dianggarkan sejumlah 60 juraian meteor akan dapat dilihat pada masa kemuncaknya iaitu bermula dari awal pagi 12 hingga 13 Ogos ini. Titik meteor Perseid ini adalah daripada buruj Perseus yang berada di langit Malaysia sejak Julai hingga Mac tahun hadapan. Walau bagaimanapun, hujan meteor ini hanya boleh dilihat di kawasan-kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam tersebut. Bagi menyaksikan sendiri hujan meteor ini, pandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Portal Pendidikan Sains Angkasa di http://astronomi.angkasa.gov.my  atau hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 / 4301.


Sekian terima kasih.


Unit Komunikasi Korporat
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Tel: 03-2273 4303 Faks: 03-2273 5488
Layari Portal Pendidikan Sains ANGKASA url: http://astronomi.angkasa.gov.my
 
*Waaaaa!!! terujanya ejulz.. xpenah tgk hujan meteor Perseid ni.. bunyi macam seram je bila dgr meteor.. hehe.. mari kita ramai2 set kalender bangun pada hari tsebut.. hehehe.. ermm.. sape2 nak kad raya boleh lagi emelkan kat ejulz k.. ^_^ http://kampung-kameq.blogspot.com/2012/08/sape-nak-kad-raya-dari-ejulz.html  

5 comments:

  1. wah..mcm mnekah hujan meteor perseid itu..
    nk tgk la

    ReplyDelete
  2. uishh ye ke dikk
    huhuhu risau lak akk nie

    ReplyDelete
  3. wahh mesti ramai yg teruja ni ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...