Tuesday, 26 February 2013

Aidil tak SAYANG Rita lagi!!!!


SEREMBAN 25 Feb. - ''Saya mahu menceraikan isteri saya selepas saya sudah tidak ada lagi perasaan sayang dan tidak mahu hidup bersama dengan dia.''

Kenyataan itu keluar dari mulut pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak, 26, ketika prosiding permohonan perceraian terhadap isterinya yang juga pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 37, di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Mohd. Aidil Zafuan menjelaskan, dia mahu kemelut rumah tangga mereka diselesaikan dengan cara terbaik apatah lagi masalah ini sudah berlanjutan sejak sekian lama sehingga menimbulkan persepsi dan spekulasi dalam media sejak kebelakangan ini.

''Isteri saya (Rita Rudaini) juga pernah meminta cerai sebelum ini tetapi saya masih bersabar dan saya berpendapat tiada keperluan perbincangan diadakan kerana tiada jalan penyelesaian yang boleh dicapai,'' katanya selepas ditanya oleh Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130226/dn_04/Aidil-tidak-mahu-hidup-bersama-Rita-lagi#ixzz2Ly3lt600
© Utusan Melayu (M) Bhd 


_________________________________________________________________________________

*Apa yang ejulz nak ketengahkan kat entry kali ni bukanlah kisah Aidil dan Rita semata2. Tapi, bila tengok kes diorang ni, membuatkan ejulz terfikir sejenak. Betapa mudahnya perasaan sayang seseorang boleh hilang dengan sekelip mata je. Walaupun kasih dan sayang sebelum ni membuak2, sampai sanggup kawen di sempadan tapi akhirnya perasaan sayang yang begitu kuat tadi hilang macam tu je.. Walaupun dah ada pengikat kasih (anak2), tapi perasaan sayang tu boleh hilang juga dengan sekelip mata. Sepatutnya bila dah ada pengikat kasih, semakin mendalam kasih sayang dan semakin berat tanggungjawab yang dipikul. Tapi akhirnya terlerai jua perhubungan. Apa yg ejulz dpt ambik dari kes diorang ni ialah:

# Perasaan sayang seseorang boleh hilang dan boleh berubah hati dalam sekelip mata. Tapi jangan jadikan itu alasan untuk tinggalkan pasangan kita pulak. Sebaliknya, jagalah pasangan kita baik2, jangan sampai mereka berubah hati.
# Hubungan tanpa restu keluarga sukar dalam kehidupan. Kalau boleh jangan ketepikan orang tua walaupun kita sayang sangat kat seseorang. Bawa berbincang elok2, Insyaallah keluarga akan lembut hati dan merestui.
# Dan ejulz teringat satu pesanan ustaz masa kuliah subuh yang pernah ejulz dengar dahulu. Ustaz kata, kalau nak pasangan kita sayang kat kita lebih dari kita sayang dia, dekatkanlah pasangan kita dengan Allah swt. Sebab siapa yang lebih dekat dengan Allah, maka dialah lebih menyayangi pasangannya.

Apa2pun sama2lah kita doakan kebahagiaan pasangan2 di muka bumi Allah ini. Dan jangan sesekali merampas kebahagiaan orang lain, kerana tak mustahil kebahagiaan kita juga akan dirampas orang lain juga suatu hari nanti.

8 comments:

  1. apapun harap2 kebajikan anak-anak tak diabai. kesian anak-anak diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an.. bukan je kebajikan dari segi barang2 keperluan tapi dari segi kasih sayang jugak..

      Delete
  2. ada betul yg ustaz tu ckp..smaa2 dktkan diri dgn Pencipta..inshaallah persaan tu akn terpelihara

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan? bila hati terpelihara, perasaan pun terpelihara..

      Delete
  3. kesian tapi dah takde jodoh nak buat cane kan

    ReplyDelete
  4. betul sgtlah apa yg ustaz itu katakan ..
    sayang allah , sayang allah yg pertama , bila sayang allah , allah akan sayang dan dekatkan kita dgn org yg kita sayang .. insyaallah
    bila iman penuh di dada , insyaallah kita boleh bimbing org yg kita sayang .. apa2 pun semua adalah ketentuan allah , dia buat semua ini utk manusia renung dan ambil teladan , semua atas izin allah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. kalau hati kita dekat denganNya insyaallah semua tindakan kita buat betul..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...