Thursday, 28 February 2013

Cacing????


ZENTEL

BAGAIMANAKAH CARANYA CACING-BIASA MASUK KE DALAM TUBUH KITA? 
Cacing biasa boleh masuk ke dalam tubuh kita melalui 2 cara yang utama:- pengotoran makan melalui telur cacing- penembusan jejentik melalui kulit kita 
SIAPAKAH YANG MENDAPAT JANGKITAN CACING BIASA?      
Kesan atau akibat jangkitan cacing diantara negeri-negeri berbeza setinggi-tingginya 90% dan serendah-rendahnya 5%. Kesan yang lebih tinggi ebrkemungkinan berlaku di kawasan pertanian terutama yang meluas dan menggunakan air najis sebagai baja.     Kanak-kanaklah yang selalunya lebih mudah dijangkiti penyakit cacing biasa, kerana dalam usia yang sedang aktif mereka sangat gemar bermain di kawan luar rumah.
JENIS-JENIS CACING BIASA YANG MEREBAK      
Di Malaysia, jangkitan yang paling biasa merebak ialah jangkitan cacing cambuk diikuti oleh cacing gelang, cacing kait, cacing kerawit / cacing benang dan strongyloides. Cacing cambuk juga adalah salah satu daripada cacing yang sukar dihapuskan.     Oleh kerana keadaan tanah yang membolehkan cacing-cacing biasa ini membiak (kecuali cacing kerawit) adalah serupa, maka dalam masa yang sama seseorang pesakit boleh dijangkiti oleh lebih daripada satu jenis cacing. Oleh sebab itu ubat cacing yang patut dipilih hendaklah ubat yang boleh membunuh kesemua 5 jenis cacing-cacing biasa.
Dapat dari Google.. Geli tengok.. 



APAKAH ITU ZENTEL? 
Zentel mengandungi Albendazole metil [5-(propithio)-1H-benzimodazol-2-yl] karbarmat, iaitu sejenis sebatian, hasil daripada kajian Smith Kline & French selama 15 tahun. 
BAGAIMANAKAH CARANYA ZENTEL MENOLONG ANDA JIKA ANDA DIJANGKITI CACING BIASA? 
- Zentel boleh membunuh cacing cambuk yang sukar dirawat. Bukan semua ubat cacing boleh menghapuskannya. 
- Zentel juga boleh membunuh 4 jenis cacing biasa yang lain. Ini bererti anda tidak perlu memakna lebih daripada satu jenis ubat cacing bagi merawat jangkitan kekacingan anda. 
- Zentel membunh kedua-duanya iaitu jejentik dan cacing dewasa. Ubat cacing lainnya hanya boleh membunuh cacing-cacing dewasa sahaja. Oleh itu, jika anda menggunakan ubat-ubat cacing lainnya, anda terpaksa memakan ubat lagi apabila jejentik yang tidak mati cukup waktunya menjadi cacing dewasa. Dengan Zentel anda tidak perlu membuat demikian. 
- Zentel telah digunakn dengan jayanya oleh lebih dairpada 5 juta pesakit di seluruh dunia.Zentel boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Tidak ada aturan berpuasa yang khusus dan tidak perlu ubat pencahar. Ubat cacing lainnya mungkin memerlukan aturan-aturan atau masa makan yang khusus. 

BERAPA BANYAKKAH ZENTEL YANG HARUS SAYA MAKAN DAN BERAPA HARI LAMANYA 

- Jangkitan Cacing Gelang, Cacing Cambuk, Cacing Kait dan Cacing Kerawit:Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berusia dua tahun ke atas : makanlah satu botol 10 ml cecair Zentel (400mg) atau 2 tablet Zentel (400mg kesemuanya). Anda dikehendaki memakan ubat ini hanya sekali sahaja*Bagi kanak-kanak berumur 12-24 bulan : berikan separuh bahagian daripada dosis orang dewasa. 

-Jangkitan Cacing Strongyloides Stercoralis dan Cacing Pita :Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas makanlah satu botol 10ml cecair Zentel (400mg) atau 2 tablet Zentel (400mg kesemuanya) sehari sekali selama 3 hari berturut-turut*. 

Tablet Zentel boleh dikynyah dan boleh juga dihancurkan serta boleh dicampurkan dengan makanan. 

SIAPAKAH YANG TIDAK SEHARUSNYA MAKAN ZENTEL? 

Wanita yang sudah disahkan atau disyaki hamil dan bayi dibawah 12 bulan dilarang mengambil keluaran ini. 

*Cadangan : Dicadangkan mengambil Zentel 2-3 kali setahun supaya bebas dai kecacingan.




Sekadar perkongsian dari ejulz tentang Zentel ni. Semalam ejulz pergi farmasi sebab nak beli ubat cacing ni. Staf kat farmasi tu cadangkan Zentel ni. Ejulz nak sangat beli ubat ni sebab masa kecik2 dulu ejulz x pernah makan ubat ni.. hehe.. Ingat x masa sekolah rendah dulu2, mesti setiap murid diberi ubat cacing ni untuk dimakan kat rumah, tapi ejulz x makan.. hehe. Tak tau la skang ni masih diberi lagi kat budak2 sekolah rendah atau x.. Ejulz nak cuba ubat ni jugak sebab, berat badan ejulz susah sangat nak naik.. mana tau lepas makan ubat ni berat boleh naik.. hehe. kalau ada sape2 tau pasal ubat cacing ni boleh la share pendapat ek.. ^_^

4 comments:

  1. dari kecik dah makan..hehe..bagus2 jgak..tapi brpada2 la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la kalau nana dah makan. hehe.. :)

      Delete
  2. Sekarang apa perkembangan dgn ubat tu? Dah naik kh berat bdn? Saya pun waktu bdkx2 tak pernah mkn ubt cacing, yelah risau dibuatnya :(

    ReplyDelete
  3. Excellent and decent post. I found this much informative, as to what I was exactly searching for. Thanks for such post and please keep it up.zentel 400 mg

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...