Wednesday, 6 March 2013

10,000 kaum Tausug didakwa menuju Sabah


ZAMBOANGA 5 Mac - Beribu-ribu rakyat Filipina berketurunan Tausug dari pulau Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi didakwa sedang belayar menuju ke Sabah bagi membantu pengganas Sulu, yang menceroboh Sabah.

Akhbar Filipina, Inquirer melaporkan Pengerusi Majlis Pemerintahan Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Habib Hashim Mudjahab berkata, pihaknya tidak boleh lagi menghalang rakyatnya daripada mengambil tindakan.

"Kami bersedih dan kebanyakan rakyat kami walaupun bukan askar, sedang menuju ke Sabah bagi membantu pengikut Kesultanan Sulu," katanya.

Menurut beliau, kira-kira 10,000 kaum Sulu dari Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga sedang belayar menuju ke Sabah sejak malam tadi bagi membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Lahad Datu, Sabah.

Sementara itu, seperti yang dipetik dalam laman web Astro Awani, Gabenor Wilayah Pentadbiran Autonomi Islam Mindanao (ARMM), Mujiv Hataman menafikan dakwaan MNLF bahawa ribuan etnik Tausug sedang menuju ke Sabah.

Mujiv berkata, kenyataan MNLF pimpinan Nur Misuari itu disifatkan sebagai strategi untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.

"Itu tidak benar. Tiada sesiapa pun dari selatan Mindanao sedang bergerak ke Sabah," jelas Mujiv dalam satu kiriman mesej terbaharu kepada Astro Awani.

Menurut Mujiv, ARMM akan meneruskan usaha memujuk kumpulan penceroboh itu supaya berundur dan mengingatkan mereka mempertahankan persaudaraan atas nama Islam.

"Semua orang Islam bersaudara. Saya sekali lagi menggesa mereka (penceroboh) menamatkan pencerobohan di sana," ujarnya. - UTUSAN


© Utusan Melayu (M) Bhd 

_________________________________________________________________________________

#Baru dapat tahu dari kakak ejulz tadi yang cousin ejulz kene hantar bertugas ke Sabah bagi membantu operasi di sana. Sama2 kita doakan keselamatan petugas di sana k..



8 comments:

  1. anis ada kenalan dekat sabah.. sangat takut bila dia ceritakan keadaan di sana...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, saya yang di Lahad Datu ni pun sentiasa berjaga-jaga. Semoga tak ada perkara yang tak elok berlaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana keadaan lahad datu skang ni? semua x keluar rumah ker?

      Delete
    2. Alhamdulillah keadaan terkawal. Semua orang buat kerja harian macam biasa. Boleh tengok berita untuk pengesahan. Cuma OPS Daulat masih dibuat. :)

      Delete
  3. semoga kita sentiasa dilindungi Allah.. (takut kmk dgn hal di sabah kinek tok)

    ReplyDelete
  4. ya tuhannn
    semakin takut akak nie huu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...