Monday, 11 March 2013

Diugut 'kongsi nama' Jamalul Kiram


KOTA KINABALU 10 Mac - Pada masa ini, nama 'Jamalul Kiram' adalah yang paling dibenci oleh setiap penduduk negara ini terutama di Sabah kerana tindakannya mengarahkan pengikutnya menceroboh dan membunuh pasukan keselamatan di Lahad Datu dan Semporna.
Kerana berkongsi nama sama, seorang rakyat Sabah, Jamalul Kiram Datuk Mohd. Zakaria (gambar) menerima pelbagai ugutan dalam laman sosial termasuk Facebook dan blog, menggesa supaya beliau dan keluarganya dimusnahkan.

Lebih teruk lagi apabila status dalam Facebook dan blog itu yang turut memuatkan gambar rumah dan calet peranginan perniagaan keluarganya di Kundasang, Ranau dekat sini, turut dikongsi dan disebarkan oleh orang ramai yang melayari laman berkenaan.

Jamalul Kiram, 56, bekas pengurus besar wilayah Sabah dan Sarawak di sebuah bank menafikan sekeras-kerasnya fitnah dan tohmahan yang disebarkan itu sambil menegaskan bahawa beliau adalah warganegara Malaysia yang taat dan setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Sabah, Perlembagaan Persekutuan, negeri serta negara ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130311/dn_15/Diugut-kongsi-nama-Jamalul-Kiram#ixzz2NBvktmrt
© Utusan Melayu (M) Bhd 


___________________________________________________________________________________

#Kesian pulak ejulz dengan saudara 'Jamalul Kiram' Malaysia kita ni. Mohon rakan2 sebarkan agar tiada rakyat kita salah faham dengan dia ni.. hehe ^_^


6 comments:

  1. alahai kesian kt dia..krna nama aku merana..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm keadaan genting pun ada berita lawak camni. adehh

      Delete
  2. ahahha x pasal2 kan ..
    hurmmm manusia kan .. x habis2 ..

    ReplyDelete
  3. la....pelik juak dak tok eh...sik kan sik knal orang sebnar...payah gak mun nama sama...cian tedah yeng...orang lain pu n keja...dia yang kenak...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti nya x nkah gambar sebenar kat fb kali.. hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...