Monday, 11 March 2013

Jangan sebar berita tidak benar - Pengarah Hospital Semporna


SEMPORNA 11 Mac - "Tolong jangan sebar berita atau maklumat tidak benar di tempat kami hingga mencetuskan ketakutan kepada penduduk," kata Pengarah Hospital Daerah Semporna, Dr. Amran Japar hari ini.

Beliau berkata, kawalan keselamatan yang dilakukan anggota polis terutama di kawasan hospital itu memberi keyakinan kepada penduduk untuk berurusan seperti biasa.

Namun ada segelintir pemberita yang melaporkan berita palsu seterusnya menakutkan penduduk, katanya.

Serentak itu, beliau dengan keras menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang mendakwa empat lelaki bersenjata M-16 dipercayai pengganas Sulu, datang ke Hospital Daerah Semporna untuk menuntut mayat anggota kumpulan mereka.

"Saya minta janganlah pihak pemberita memandai-mandai membuat berita palsu ini, kerana mungkin ia akan menyebabkan penduduk takut untuk ke hospital," katanya kepada Bernama.
Dr. Amran turut memberitahu bahawa sejak insiden serang hendap di Kampung Simunul 2 Mac lepas yang mengorbankan enam anggota polis, sepasukan anggota polis bersenjata berkawal di hospital itu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kehadiran empat individu bersenjata di Hospital Daerah Semporna.

"Saya ingin tegaskan di sini, jangan mudah percaya dengan khabar angin, saya minta mereka (pihak tidak bertanggungjawab) hentikan berita palsu ini," katanya. - BERNAMA


© Utusan Melayu (M) Bhd 

___________________________________________________________________________________

#Ada jugak orang camtu.. adehhh

6 comments:

  1. Pernah juga tertipu dengan khabar angin fasal pengganas di Sabah ni. Ni semua gara media sosial yang disalahgunakan.

    ReplyDelete
  2. jom join GA
    http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/03/give-away-ga-birthday-akiff-ke-2-tahun.html

    ReplyDelete
  3. pelik nya dak tok dik...main pulak kedak tok eh...nyawa orang di polah pa...nang mauk glamour jak..huhu

    ReplyDelete
  4. Sik brani mewk nak molah post tentang towk gk sejak PDRM molah amaran rie ya tewk.

    ReplyDelete
  5. mcm2..jgnlah ktatmbh tkt dorang kan..xtau diam ja

    ReplyDelete
  6. kalau nak tulis pun biarlah benda2 yag betul & benar kan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...