Tuesday, 5 March 2013

Malaysia diminta amal toleransi maksimum


MANILA 4 Mac - Kerajaan Filipina hari ini menggesa pihak berkuasa Malaysia mengamalkan toleransi maksimum dalam mengendalikan pengikut Raja Muda Azzumudie Kiram di Sabah.

Kenyataan itu dibuat ekoran pertempuran yang mengorbankan 17 orang, termasuk enam anggota polis Malaysia di Semporna, kelmarin.

Jurucakap Hal Ehwal Luar, Raul Hernandez berkata, insiden tembakan di Semporna itu bagaimanapun telah dapat dikawal oleh pihak berkuasa Malaysia sejak pukul 8 malam tadi.

“Kematian akibat insiden itu amat dikesali dan kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat," kata Hernandez dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Setiausaha Luar, Albert del Rosario akan ke Kuala Lumpur hari ini untuk berunding dengan rakan sejawatnya dari Malaysia bagi membincangkan bagaimana mengelak lebih banyak nyawa terkorban.

Katanya, del Rosarioa turut akan menemui Duta Malaysia ke Filipina bagi memaklumkan bahawa kedua-dua negara mementingkan nyawa rakyat masing-masing.

“Kerajaan Filipina telah meminta pengikut Kesultanan Sulu yang diketuai Raja Muda Azzumudie menyerah diri secara aman.

“Namun, kami (Filipina) juga memohon supaya pihak berkuasa Malaysia mengamalkan toleransi maksimum dalam mengendalikan saki-baki pengikut Kiram di Sabah," ujarnya.

Hernandez turut mengulangi permintaan Filipina untuk membenarkan kapal Tentera Laut Filipina, AT-296 Tagbanua memasuki Lahad Datu bagi menyediakan ‘bantuan kemanusiaan dan konsulat’, selain merawat mereka yang cedera serta membawa mereka balik ke tanah air. - AGENSI


© Utusan Melayu (M) Bhd 

_________________________________________________________________________________


#Patutkah kita bertoleransi dengan pengganas yang telah membunuh pejuang kita. Yang telah membuatkan isteri diorang jadi balu. Yang telah menyebabkan anak2 diorang kehilangan ayah. Yang menyebabkan ibu bapa hilang anak tempat bergantung hidup. Apa pendapat korang?



4 comments:

  1. dh terlebih toleransi dh tu yg jd gini.lma mna dah dorang masuk..dh suh klr cara baik xnk..haish gram btl la

    ReplyDelete
  2. susah nak cakap dlm bab toleransi bila melibatkan nyawa
    secara rasional memang x boleh diterima pakai , sbb kita kena fikir , di sebelah mereka juga ada yg terbunuh dan ada yg isteri2 mereka menjadi balu dan anak2 mereka kehilangan ayah ..

    tetapi bila melibatkan negara , kita rakyat hanya mampu mendoakan agar semua selamat dan dapat menyelesaikan kekalutan ini dengan lebih tenang dan rasional tanpa melibatkan banyak lagi nyawa yg menjadi mangsa ...

    apa2 punn kita sbgai umat islam jgn lepas tangan berdoa , kerana akk dpt tahu penceroboh2 itu semua adalah orang islam juga ... cuma kita x tahu @ tidak di beritahu apa motif yg mereka nak dan adakah apa yang mereka nak tu salah @ tidak dari segi undang2 ..

    sama2 kita doakan agar tiada lagi nyawa menjadi korban , itu yg lebih penting .. aminnnnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. tapi mereka terbunuh sbb mereka mengganggu ketenteraman negara kita. kalau yer pun rasa betul sabah tu hak diorang, buat la ikut prosedur yg betul.. xyah nak serang.. dah la serang sesama islam lagi tu.. adeh..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...