Thursday, 7 March 2013

Pam bayi dalam tandas.. Kejam!!


PUTRAJAYA 6 Mac - Seorang pekerja kilang didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas kesalahan melupuskan bayi yang baru dilahirkan dengan cara mengepamnya dalam lubang tandas, empat tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak memutuskan demikian terhadap Nurul Syuhada Shamsudin, 23, selepas gadis tersebut mengaku bersalah terhadap tuduhan pindaan.

Hakim Abdul Malik dalam keputusannya menyatakan, mahkamah bersimpati terhadap penderitaan yang dilalui selepas mengambil kira tempoh tahanan reman wanita itu selama 13 bulan.

''Namun, perbuatan kamu salah dan patut dihukum. Kamu pun tahu kamu berdosa terhadap Allah Taala,'' ujar beliau ketika bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh.

Pada asalnya, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang 25 Januari 2011 melepas dan membebaskan Nurul Syuhada tanpa dipanggil membela diri daripada tuduhan membunuh bayi tersebut.


© Utusan Melayu (M) Bhd 


_________________________________________________________________

# Ya Allah! Lindungilah kami dari penzinaan. Lindungilah kami dari kekejaman. Lindungilah kami dari malapetaka.

2 comments:

  1. Wah memang hebat...kalau dah hebat...kejam nya pun hebat..huhu...memang perangai syaitan betol-betol..takut bna dengar cita cam tok eh..huhu...sian kan dik

    ReplyDelete
  2. baca tajuk dh tkt nak bca. .

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...