Monday, 11 March 2013

Pekida sanggup jihad di Lahad Datu


KLANG 10 Mac - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia bersedia menghantar ahli-ahlinya ke Lahad Datu, Sabah jika ada seruan berjihad daripada pihak kerajaan untuk rakyat negara ini menyumbang bakti mempertahankan kedaulatan wilayah tersebut.

Presiden Pekida Malaysia, Jamaludin Yusof, 60, berkata, Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia sejak 1963, maka menjadi kewajipan ahli-ahli Pekida berjihad bagi memastikan tiada pihak yang berani memperkotak-katikkan hak mutlak negara.

"Saya sebagai Presiden Pekida Malaysia bersedia menyeru ahli-ahli Pekida mewakafkan jiwa dan raga mereka demi mempertahankan negara dengan berjuang melindungi Sabah daripada dirampas askar penceroboh.

"Ahli-ahli Pekida tidak gentar berjuang hingga ke titisan darah terakhir demi mempertahankan negara Malaysia yang merupakan negara Islam dan seterusnya memastikan tiada siapa lagi yang berani menodai keamanan yang kita kecapi selama ini," katanya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

_________________________________________________________________


#Semoga keamanan Sabah khususnya dan Malaysia umumnya terjaga dari anasir jahat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...