Monday, 4 March 2013

Penceroboh Masih Berdegil Ingin Tuntut Sabah !

Jamalul Kiram dikelilingi penyokongnya bercakap kepada pemberita di pekan Taguig, selatan Manila kelmarin. - REUTERS


MANILA 3 Mac - Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu, hari ini berkata, pertempuran di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan 14 pengikutnya yang menceroboh Sabah tidak akan mematahkan semangatnya untuk berjuang bagi menuntut haknya.

Beliau berikrar untuk terus berjuang menuntut haknya ke atas Sabah, meskipun Manila terus mendesak supaya pengikutnya berundur tanpa syarat dari bumi Sabah.

Mereka bersedia untuk mengorbankan nyawa dalam menghadapi serangan pasukan keselamatan Malaysia, katanya kepada pemberita di sini.

Kumpulan penceroboh itu diketuai oleh adik Jamalul Kiram.

Jamalul Kiram berkata, beliau bimbang keganasan di Sabah akan merebak kerana ramai rakyat Filipina, terutama pengikutnya di selatan Filipina sedih atas kematian keluarga mereka dalam serangan di Lahad Datu.

Anak perempuannya, Puteri Jacel, pula menyeru rakyat Filipina supaya bertenang dan menegaskan bahawa Kesultanan Sulu tidak akan berundur dan akan meneruskan perjuangan untuk menuntut Sabah.

“Ia melibatkan maruah kami," katanya kepada pemberita.

“Kami tidak akan berundur begitu sahaja, kerana kami berjuang kerana hak kami dan perjuangan ini adalah demi hak kami dan demi kebenaran." katanya kepada wartawan Associated Press, Jim Gomez di Manila. - AGENSI


© Utusan Melayu (M) Bhd 


_________________________________________________________________

#Tak habis2 lagi diorang ni nak kacau keamanan negara kita. Kesian ejulz dengan orang2 sabah. Kalau ejulz berada di tempat diorang pun, mesti ejulz takut. Mana tak takut kalau berlaku tembak menembak. Kalau betul nak tuntut hak sekali pun buat la dengan cara yang betul, bukan dengan peperangan. Geram betul ejulz dengan diorang ni. Serang n bunuh sesama Islam. Amat memalukan. Ejulz harap jika betul ada pengkhianat negara, mereka akan dapat hukuman yang setimpal. Sama2 kita doakan agar pengkhianat negara ni tertangkap (jika betul ada) dan doakan keselamatan semua rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berada di Sabah. Amin..


11 comments:

  1. Nak keamanan sabah. love sabah sangat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiran kita.. sayang jiran kita..

      Delete
  2. moga ada jln penyelesaian terbaik. sedih sgt !

    ReplyDelete
  3. YA ALLAH selamatkan mereka yang berjuang itu.

    ReplyDelete
  4. Bunoh jark cdak towk. Boh diberik muka.

    ReplyDelete
  5. Betol ya dik...kadang mereka bertindak bodoh dan tidak berperikemanusiaan langsung...guna cara kdak upa orang sik berakal langsung...ini kerana gara-gara ketamakkan duniawi...
    Ya Allah lindungi jiran kami....jauhi mereka dari ancaman orang tak berperikemanusiaan seperti ini....amin

    ReplyDelete
  6. sakit hatin ngan sultan sulu ne.. semoga orag sabah sabar dan kita satu malaysia mendoakan yang sabah bebas dari pencerobohan

    ReplyDelete
  7. Saya tinggal di Lahad Datu. Jumaat pagi tu tak jadi nak Solat Jumaat lepas abah call, kata dah isytihar Perang kat sini. ALhamdulillah, sekarang keadaan dah terkawal, cuma masih kena berjaga-jaga. Nak-nak lagi penceroboh2 tu dah mula merebak di bahagian daerah lain seperti Semporna, Tawau dan Kunak. Moga insiden pencerobohan ini selesai. Amin.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...