Thursday, 7 March 2013

Pencuri kereta cekik bayi hingga mati


BEIJING 7 Mac - Seorang pencuri kereta mencekik seorang bayi berusia dua bulan hingga mati selepas menyedari kehadiran bayi tersebut dalam kereta yang dicurinya, semalam.
Menurut polis, bayi berkenaan berada dalam kenderaan jenis SUV itu ketika ia dicuri oleh Zhou Xijun, 48, di wilayah Jilin.
"Suspek menyedari ada seorang bayi di dalam kereta tersebut lalu berhenti di tepi jalan dan mencekik mangsa hingga mati.
"Suspek kemudiannya menanam mayat mangsa di dalam timbunan salji," jelas polis. - AFP


© Utusan Melayu (M) Bhd 

_________________________________________________________________

#Nasib baik la kat Beijing. Kalau kat Malaysia korang rasa pencuri buat apa kalau jumpa bayi kat dalam kereta yang dia curi? Ambik iktibar dari kisah ni.. Jangan sesuka hati tinggal bayi dalam kereta walaupun berhenti sekejap..



1 comment:

  1. slm pagi..hurmm mcm2 kes kt china,ni......

    klu kt msia pulak,sah2 pencuri krta jual je baby tu huhu.klu berhati prt diorg tgglkan kt mn2 yg mdh org ramai nmpk..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...