Tuesday, 30 April 2013

BERITA PALSU..!! HATI2!!


KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Semua pegawai kerajaan diminta tidak mempercayai pesanan ringkas (SMS) berhubung arahan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan yang meminta mereka tidak bekerja lebih masa.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata pesanan ringkas itu yang turut mengandungi arahan tidak membenarkan orang sebarangan berada di kawasan pejabat kerajaan, juga adalah tidak benar.

"Saya meminta semua pegawai kerajaan dan orang awam supaya tidak mempercayai khabar angin itu atau dakwaan-dakwaan lain yang tidak berasas dan adalah tidak benar mengenai urusan pentadbiran kerajaan yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi SMS, Facebook, Twitter, blog atau medium sosial lain," katanya dalam kenyataan di sini petang ini.

Ali berkata pekeliling pentadbiran keselamatan biasanya dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di semua 14 negeri sebagai peringatan kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk memastikan keselamatan bangunan, aset kerajaan termasuk menjamin keselamatan pegawai ketika bertugas.

Dalam pada itu, penyebaran pesanan ringkas yang mendakwa pentadbiran kerajaan di Putrajaya mengeluarkan arahan berkenaan berkuatkuasa semalam itu kini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

SKMM dalam kenyataannya berkata beberapa aduan berhubung penyebaran SMS palsu itu telah diterima dan meminta pihak yang menaja aktiviti itu supaya segera menghentikan perbuatan tersebut atau bakal berhadapan tindakan undang-undang.

Menurut SKMM, mereka yang didapati bersalah menyebarkan maklumat palsu menerusi SMS atau media sosial boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali, mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Justeru, SKMM mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa yang mereka baca dalam talian dan menyemak dahulu kesahihan maklumat tersebut sebelum membuat sebarang pandangan, kesimpulan atau memanjangkan mesej mengenai isu berkenaan.

-- BERNAMA 

6 comments:

  1. Pakey apa nyebar menda sik berfaedah kedak ya bah..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya laa.. kali dapat untung bila orang forward sms ya kali.. hehe

      Delete
  2. semalam cik akak dah baca..hari nie datang balik..hihi..betul tu dik orang nie macam eh...moak keuntungan jak..huhu..sama-sama lah kita berhati2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya laa.. kali ada pihak yg dpt untung kali..

      Delete
  3. macam2 ragam orang2 sekarang ni ek...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...