Tuesday, 23 April 2013

Maut dihentak bertubi-tubi dengan topi keledar


KUCHING 23 April - Seorang lelaki maut dipercayai dipukul serta dihentak bertubi-tubi di kepala dengan topi keledar oleh sekumpulan pemuda di pekarangan Tasik Masja, Petra Jaya di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, Mohd. Syamsul Izwan Mohammad Suhaili, 24, berasal dari Kampung Bintawa Ulu, di sini ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di sisi motosikalnya dan disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan sedang lepak di kawasan tersebut sebelum berselisih faham dan bergaduh dengan kumpulan suspek. - UTUSAN ONLINE


© Utusan Melayu (M) Bhd 


________________________________________________________________

#Apa nak jadi budak zaman sekarang.. semoga dilindungi dari orang2 camni..

4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...