Thursday, 18 July 2013

Bapa kecewa anak digugur jadi maskot gara2 anak menteri

Bangkok: Seorang bapa di Thailand mendakwa anaknya digugurkan sebagai maskot perlawanan Chelsea di Bangkok dan digantikan oleh anak lelaki perdana menteri, kata satu laporan semalam. 
Noppadol Sudlapha, 9, sepatutnya akan berjalan bersama pemain Chelsea pada perlawanan persahabatan semalam dan sudah menjalani latihan pra perlawanan, kata bapanya, Kriangyos kepada Bangkok Post.  
Bagaimanapun, Noppadol dan beberapa kanak-kanak lain dimaklumkan bahawa mereka digugurkan dari senarai untuk memberi laluan kepada anak lelaki Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan lima kanak-kanak lain yang juga akan menteri kabinet.  
Kriangyos memberitahu akhbar itu bahawa anak lelakinya sedih dan tidak lagi berminat untuk menyaksikan perlawanan antara gergasi Liga Premier Inggeris dengan Singha All-Star XI di Stadium Rajamangala. - AFP

_________________________________________________________________________

*Lawak pun ada baca kisah ni.. hehe. Kecik ati sampai x nak tgk gergasi EPL lagi. haha.. biasa la budak2.. ehehe.. Persoalannya, kalau perkara camni berlaku kat negara kita, berani ker wartawan tulis berita ni kat akhbar? hehehe.. kalau ejulz jadi wartawan x berani.. hehehe

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...