Sunday, 14 July 2013

Budak 2 ekor ni buat hal lagi


JOHOR BAHARU 13 Julai - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan dua bekas penuntut National University of Singapore, Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. 
Pengerusi Usahanita Cawangan Kulaijaya Mazanah Mohammad Zain dan Timbalan Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Tanjung Puteri Fauziah Abdullah membuat laporan berkenaan di Balai Polis Tampoi, di sini. 
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan, Mazanah, 56, menyifatkan perbuatan pasangan itu sebagai menghina kesucian Islam dan tidak wajar dilakukan atas dasar menghormati masyarakat berbilang bangsa di negara ini. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130713/dn_22/2-NGO-buat-laporan-polis-terhadap-Jye-Yee-dan-Vivian-Lee#ixzz2YxlKVo1a © Utusan Melayu (M) Bhd 
_________________________________________________________________________________


KUALA LUMPUR 13 Julai - Beberapa pengendali laman blog mula melancarkan 'perang' terhadap pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang terus mencipta kontroversi mempersenda kedatangan Ramadan dengan memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh yang tertera logo halal. 
Blog MyKMU.net (http://www.mykmu.net) yang memaparkan tajuk 'Hina, cemar sensitiviti umat Islam dianggap kelakar?' oleh dukeofmontecristo menegaskan pasangan yang popular dengan panggilan Alvin dan Vivian itu boleh dianggap layak dilucutkan kewarganegaraan kerana mencetuskan kemarahan umat Islam. 
"Terus terang saya katakan, sekiranya undang-undang membolehkan saya memijak kepala Alvin dan Vivian, tentu sudah pecah kepala saya kerjakan. Pada saya, mereka boleh bertelanjang dan mengadakan pertunjukan seks di depan pintu masuk Universal Studio atau di patung kepala Singa di Singapura. 
"Tapi kalau sampai mempersenda kesucian bulan Ramadan, mencemar hukum-hakam di dalam Islam dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang berpuasa, pada saya perbuatan itu sudah cukup melampau dan tidak wajar dimaafkan lagi,'' tegas blog berkenaan. 
Dalam laman Facebook rasmi milik kedua-dua pasangan itu, mereka dilihat mempersenda kedatangan Ramadan apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan'. 
Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.
Menurut blog itu, kerajaan dengan apa jua akta, perkara atau petikan Perlembagaan yang ada perlu melucutkan kewarganegaraan kedua-dua bekas pelajar National University Singapore berkenaan serta-merta. 
"Tiada kompromi dalam soal ini. Tiada amaran yang patut diberikan pada mereka lagi dalam keadaan ini. Selain itu, Alvin dan Vivian dalam apa jua keadaan sekalipun, wajar disekat dari cuba kembali atau masuk ke Malaysia melalui apa cara sekalipun," tegasnya. 
Sementara itu, blogger Gerakan Anti PKR (http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com) yang turut mengulas isu sama melahirkan rasa sedih dengan pemimpin-pemimpin Islam yang masih tidak mengambil tindakan terhadap pasangan berkenaan. 
"Sakit hati melihatkan kelakuan pimpinan Islam, lebih memikirkan nasib politik daripada nasib Islam itu sendiri. Gambar terbabit adalah kesinambungan daripada Namewee yang pernah mempersendakan azan Subuh. 
"Di situlah bermula segala penghinaan kerana mereka tahu pimpinan Melayu semuanya tak berani (ambil tindakan),'' katanya. 
Turut melancarkan 'perang' terhadap pasangan itu adalah blog MIK (http://medan-info-kita.blogspot.com) yang mengecam tindakan biadab pasangan berkenaan. 
Begitu juga blog Cucu Tok Selampit (khairulryezal.blogspot.com) yang melabel tindakan pasangan itu sebagai kurang ajar. 
"Malah saya tidak akan terkejut sekiranya di dalam komen-komen akan ada yang menulis, tidak mengapa, mereka adalah bukan Islam, mereka tidak tahu adab budaya dan hukum hakam orang-orang Islam," tambahnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130714/dn_11/Blog-lancar-perang-kecam#ixzz2YxmhplWe © Utusan Melayu (M) Bhd 

_________________________________________________________________________________________

Budak 2 ekor ni buat hal lagi.. buang negara je budak 2 ekor ni. 

15 comments:

  1. Kmk bok tauk hal cdak duak tok... Pelik juak ada org kedak tok dlm malaysia.. Pkr dr luar negara.. Haishhh...

    Nwayy selamat berpuasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. org msia tok.. mun org luar xda nak lalek glak.. tok dlm negara..

      Delete
  2. ishhhh..nak je kutuk kaw2 dak ni..tp puasa..kena tahan dn sbar jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x sabar bukan takat kutuk je, mau ringan je kaki tangan ni.. haha

      Delete
  3. hope sidak duak ya dikenakan tindakan undang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya laa.. tggu jak berita ari tok.. mun msh brik muka gik xtauk la.. makin nait palak la nya duak tok..

      Delete
  4. mereka berdua nie memang setan yg bertopengkan manusia .. didtgkan utk melalaikan orang2 islam ..
    sedar atau tidak .... itulah hakikatnyaaa

    dan apa tindakan pemimpin kita ??? diamm atau mereka suke dgn tindakan dua org setan nie ! ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 la kita tggu berita arini kak.. kalau xde tindakan jugak mesti naik kepala dorang ni..

      Delete
  5. Malas mewk nak melayan nya duak ya.. Makin dilayan, makin menjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ssh juak mun x layan.. sensetiviti agama bah.. mintak2 la knk tindakan nya duak tok..

      Delete
  6. biadap sungguh..saje je cari pasal..xde pe2 tindakan diambil ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 tunggu arini.. dgr berita SKMM nak siasat dorang arini.

      Delete
  7. Sik betol gik orang ya dik...
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak2 la knk buang negara. bok nya tauk betapa bersyukur dudok di negara aman.. dah aman nak dihuru hara nya kdk ya

      Delete
  8. Diorang ni la yang buat video sex tu. Kecoh kot dulu. Gilaaa! Skang ni buat hal lagi! Tak habis2!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...