Wednesday, 17 July 2013

PADAN MUKA Alvin dan Vivian!!

Entah kenapa rasa gembira sangat baca isu di dada akhbar arini..


Pasangan hina Islam: Ahli Parlimen BN, pembangkang mahu tindakan segera bendung isu sensitif
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang meminta kerajaan segera mengenakan tindakan tegas terhadap pasangan remaja, Alvin Tan dan Viviana Lee yang menghina Islam. Tanpa mengambil kira perbezaan fahaman politik, wakil rakyat yang hadir persidangan Dewan Rakyat semalam mengambil pendekatan rasional dengan masing-masing mahu pasangan itu dihadapkan ke mahkamah dan dipenjarakan. 
Soal agama tidak sepatutnya ada toleransi, malah pemimpin Tionghua juga mengutuk perbuatan pasangan ini. Oleh itu rakyat Malaysia minta supaya Alvin dan Vivian ditahan serta merta dan dipenjarakan." Datuk Bung Mokhtar Radi, ADUN BN Kinabatangan
Sumber : Klik SINI


Boleh didakwa atas Akta Hasutan

KUALA LUMPUR 16 Julai - Pasangan kontroversi, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, boleh disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam dalam laman Facebook mereka. 
Perkara itu dinyatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika memberi maklum balas terhadap tindakan biadab pasangan tersebut.
Sumber : Klik SINI


Tun Mahathir : Jika boleh lucutkan taraf warganegara
SHAH ALAM 16 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perbuatan mempersendakan bulan Ramadhan di laman Facebook oleh Alvin Tan dan Vivian Lee jika dibenarkan undang-undang , mereka seharusnya dilucut kewarganegaraan.
Sumber : Klik SINI


Perkasa tolak permohonan maaf Alvin dan Vivian
KUALA LUMPUR 16 Julai - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menolak permohonan maaf pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan bulan Ramadan dan menyinggung sensitiviti umat Islam di Facebook. 
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, perbuatan menghina Islam seperti yang dilakukan Alvin dan Vivian itu tidak boleh dibiarkan terlepas begitu sahaja. 
Menurut beliau, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada ke atas pasangan terbabit.
Sumber : Klik SINI


Usah berlembut, ambil tindakan tegas
KOTA BHARU 16 Julai - Kerajaan digesa tidak lagi berlembut sebaliknya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam menerusi pelbagai cara. 
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, beliau yakin perbuatan itu merupakan agenda terancang pihak tertentu yang mahu merosakkan kedamaian yang dinikmati masyarakat majmuk di negara sejak sekian lama. 
Katanya, kegagalan menghukum individu yang menghina agama Islam itu akan menyebabkan lebih banyak penghinaan dibuat selepas ini, sekali gus dikhuatiri menjadi pencetus kepada pergolakan antara kaum.
Sumber : Klik SINI 



*Nak femes sangat buat la lagi.. PADAN MUKA!! Kalau xde tindakan tegas jugak xtau la apa akan jadi lepas ni. Setuju dengan pendapat Mufti Kelantan, jika dibiarkan x mustahil akan menjadi pencetus kepada pergolakan antara kaum. Dan jika tindakan tegas juga, x mustahil akan berulang perkara yang sama oleh pihak lain dan sekali gus akan menyebabkan pertelingkahan dan pergaduhan antara kaum. Harap 2 org ini dpt balasan yg setimpal. Setuju dengan pendapat Mantan PM, Tun Mahathir, jika boleh lucutkan taraf warganegara. Baru dia tau betapa ruginya hidup di negara yang aman.

10 comments:

  1. makin melampau dah sekarang...kalau takda tindakan tegas lagi kali ni,mesti macam2 dorang akan buat nnt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kita tggu je apa tindakan.. kalau lepas camtu je mmg kacau bilau la negara nanti..

      Delete
  2. sangat sangat sokong pendapat Tun Mahathir dengan Mufti Kelantan.

    ReplyDelete
  3. duduk satu negara..haruslah hormat sesama kita..bab2 agama ni..kta tak pernah kutuk agama owg len ..napela mereka selalu tak puas hati dgn agama kita..lagi mereka nak menghancurkan islam..lagi banyak yg peluk islam dan semua owg islam akan bersatu..Alhmdullilh..=)

    ReplyDelete
  4. bena kata ktk
    kmk pun rs geram ngan sidak 2 ya
    rasa mok pemes gilak..dah jadi pemes dah
    hope dikenakan tindakan undang2

    jemput join sitok:
    http://umikasum.blogspot.com/2013/07/cer-teka-gambar_16.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. mun dibiar jak makin jadi olah.. bgs juak 2 org NGO ya polah report.. mun org2 biasa polah report xtauk la dipandang x report ya..

      Delete
  5. Mun maseh gik molah perange semperena nya duak ya.. Ndak mewk tawuk gik pa jenis manusia gik ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. vivian ya mun dipolah mcm nak buang bab* depan suro ya bgs juak.. bok nya tauk erti penyesalan..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...