Monday, 22 July 2013

Posmen Lambak Surat Dalam Hutan!

Posmen Lambak Surat Dalam Hutan! - KUALA LUMPUR : Di sebuah kawasan tersembunyi berhampiran kawasan perumahan mewah di Ukay Heights, Ampang, adalah sebuah gaung hijau dengan tumbuh-tumbuhan subur tetapi dicemari dengan ‘rahsia hitam’.
Tapak itu dikenal pasti telah menjadi tempat lambakan surat oleh posmen yang tidak bertanggungjawab yang menjadikan tempat terpencil itu untuk membuang surat-surat yang tidak dihantar. 
Pada Sabtu, dua orang penduduk menjumpai beribu-ribu surat yang tidak dihantar di dalam gaung dan menghubungi ‘The Star’, yang seterusnya dimaklumkan mengenai posmen yang lalu di kawasan itu. 
Salah seorang daripada mereka, Ismail W.O berkata beliau sedang memandu melepasi kawasan itu dan melihat tiga orang posmen sedang lepak di tepi jalan di sebelah gaung. 
“Saya tertanya-tanya apa yang mereka sedang buat sedangkan tiada kawasan perumahan di sekitar kawasan itu tetapi tidak terus bertanya dan meneruskan perjalanan. 
“Kemudian saya teringat bahawa saya tertinggal sesuatu dan berpatah balik. Saya terkejut melihat beg besar yang sebelumnya penuh berisi surat telah kosong. Ia hanya beberapa minit yang lepas,” katanya. 
Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, beliau memaklumkan perkara itu kepada pengerusi persatuan penduduk, William Atyeo yang memanjat kawasan gaung tersebut dan menemui ribuan sampul surat yang bertaburan. 
Pemeriksaan secara kasar menunjukkan beberapa surat telah berada di situ sejak beberapa tahun lalu dan lupus akibat hujan. 
Surat-surat itu sepatutnya dihantar ke Ampang Jaya, Ukay Heights dan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya. 
“Terdapat cek, bil, penyata bank, surat maklum balas dan banyak lagi,” kata Ismail. 
Beberapa penduduk telah mengadu mereka tidak menerima surat yang sepatutnya diterima seperti bil telefon dan bil TV berbayar, kata Atyeo. 
Setelah dimaklumkan, Pos Malaysia menghantar pasukan ke tapak dimaksudkan. 
Pekerjanya mengenal pasti kebanyakan surat adalah dari dua lokasi berhampiran di sepanjang Jalan Tebrau 1. 
Ketua Operasi Pos Malaysia, Helmi Hashim berkata tiga posmen terbabit telah dikenal pasti dan akan dipecat. – THE STAR

___________________________________________________________________________________
#Harap2 kad raya ejulz x kene buang camni.. :(

9 comments:

  1. ish2..ada jugak surat atau barangan yg kita kirim x dterima.. mungkinkah sbb yg sama? alahaiii.. terok betol la depa ni..x amanah masa bertugas.. sesuka hati campak.. kesian pengirim dan penerima..buatnya surat tu penting.. huh..

    ReplyDelete
  2. truknye..surat yg dikirim pasti penting..ada ke main campak cam tu jer..dasar pemalas dan xamanah btul..

    ReplyDelete
  3. e pemalasnya. makan gaji buta, tak halal. teruknya -.-"

    ReplyDelete
  4. ni kes nak makan gaji buta lah ni ! patutlah KA byk x terima surat2 sebelum ni !

    ReplyDelete
  5. pelik juak dah tok eh...mun sik mok kerja boh lah pia kan...
    berhenti jak...huhu....

    ReplyDelete
  6. Posman tak jujur..... >.<

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum ejulz...eh x elok nyer posmen buat mcm ni sampai hati die org buang surat2 tu mana tahu ada surat yg pentingkan...;)

    ReplyDelete
  8. eh ape daa posmen nie... xbaik taw...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...