Thursday, 22 August 2013

Keadaan fizikal bas uzur punca nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands?

Semalam kita dikejutkan lagi dengan insiden nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands. Bila baca Berita Harian hari ni, salah satu punca yang dikatakan oleh salah seorang mangsa yang terselamat ialah fizikal bas yang uzur. Nak salahkan siapa kalau bas yang uzur fizikalnya digunakan? Teringat bila balik kuching raya lepas, geleng kepala ejulz tengok bas yang ejulz pernah naik 12 tahun lepas masih lagi digunakan. Sedangkan masa ejulz naik 12 tahun lps pun bas dah kelihatan uzur tapi masih lagi digunakan hingga ke hari ini. Bayangkanlah kalau 12 tahun lps nak buka/tutup tingkap bas pun bukan main susah sebab dah uzur sgt, xtau la hari ni.. kalau ejulz buka mungkin tercabut tingkap tu kot.. hhaha

Berbalik kepada isu nahas bas di Genting, sebelum ni kita juga pernah dikejutkan dengan insiden sebegini. Dan masa itulah pelbagai tindakan diambil termasuklah tindakan tegas kepada pengurusan syarikat bas dan pemandu bas terlibat. Dan ada juga pihak berkuasa yang menyamar menjadi penumpang untuk memastikan pemandu memandu secara berhemah. Persoalannya, adakah kekerapan tindakan2 tersebut dipraktikkan atau hanya dilakukan bila terdapat nahas teruk seperti di Genting Highlands ni?

#Bukanlah ejulz nak menyalahkan mana2 pihak tapi sebagai seorang penumpang walaupun x selalu naik bas ni, ejulz pun kadang2 rasa takut nak naik bas. Teringat lagi masa ikut kawan pergi ke kampung di Perlis tahun lepas. Dalam bas tu rasa takut je. Dah la bas laju. Dalam hati berdoa je supaya selamat sampai..


Sumber : Berita Harian

8 comments:

  1. dah lama akak tak naik bas.. ngeri betul kemalangan.. takziah kepada keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  2. menurut mangsa yang cedera parah dalam wawancara di NLKO pagi tadi bas dipandu laju...

    ReplyDelete
  3. sbb ya kmk gelik mok nait bas yg jln jauh2.. apa2 pun takziah utk cdaknya..

    ReplyDelete
  4. a`aa, ada yg kata driver bas tu marah dgn pemandu kereta yg stop tepi jalan.hanya merreka saja yg tahu

    ReplyDelete
  5. huhu....takut la ingat2 cerita ni....huhu

    ReplyDelete
  6. Itula..takziah kepada kluarga mangsa dn Al-Fatihah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...