Wednesday, 18 September 2013

Percetakan dan pelupusan Al-Quran

Alhamdulillah berjaya menghadiri Seminar Al-Quran Rasm Uthmani kat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya 2013. Ceramah berkaitan "Sejarah Al-Quran" dan "Kaedah Penulisan Rasm Uthmani" disampaikan oleh Dato' Haji Salehuddin bin Omar Al-Hafiz yang merupakan ahli jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran (Lajnah Tasheh Al-Quran). Beliau merupakan orang yang penting dalam permulaan pengeluaran Al-Quran Rasm Uthmani sekitar tahun 1986. Kalau x silap mula dikeluarkan pada 17 Mei 1986.. Ejulz belum lahir lagi masa tu.. hehe

Ustaz Masykuri bin Khamid pula menyampaikan ceramah beliau berkaitan "Akta Percetakan Teks Al-Quran dan Isu Semasa". Banyak yang dipelajari. Bagi yang berminat untuk melakukan perniagaan percetakan Al-Quran kenelah menghantar permohonan kepada Bahagian Kawalan & Teks Al-Quran KDN. Bukan saja percetakan dalam bentuk buku, malah dalam bentuk CD, DVD, digital, telefon pun kene buat permohonan. Ini bagi menjaga kesucian Al-Quran dari kesalahan ejaan dan sebagainya. Cara-cara pelupusan Al-Quran juga ada tertibnya yang tersendiri. Mungkin ada yang pernah tengok kat tv. Saksikan video ini..




Harap berguna kepada semua..

4 comments:

  1. alhamdulillah..nice sharing ejulz
    bez eh mun dpt pg seminar ya juak..
    isi tabong sitok

    ReplyDelete
  2. menarik ni =) prnah tgok cra pelupusan dia mcam mn, harap stiap umat islam xlupus sndri..tkot nnti berdosa pula kalau xsmpurna..nice sharing..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...