Sunday, 29 September 2013

Tips Mencari Kerja

1. Kerja sebagai ibadah
Sentiasa bermotivasi untuk mendapat pekerjaan. Kenapa perlu ada pekerjaan? Tujuan untuk mendapat pekerjaan bukan sahaja untuk masa depan sendiri, tetapi sebagai tanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarga.

2. Tidak memilih pekerjaan
Jangan terlalu memilih pekerjaan. Buatlah apa2 sahaja jenis pekerjaan asalkan pendapatannya dari sumber yang halal. Tidak salah jika kita mencari pekerjaan yang lebih sesuai dalam masa yang sama untuk kemajuan kerjaya kita.

3. Sentiasa peka dengan isu-isu semasa
Mengetahui isu-isu semasa ni penting bagi memudahkan kita dalam sesi temuduga.

4. Berpakaian kemas semasa temuduga
Sentiasa berpakaian kemas semasa menghadiri temuduga. Janganlah semasa temuduga pakai seluar pendek. Pakai selipar. Kene laa pakai pakaian yang bersesuaian.

5. Berpenampilan segak.
Selain dari berpakaian kemas, penampilan diri juga perlu dijaga. Sebagai contoh, rambut pendek dan disikat kemas bagi lelaki. Dan perempuan semestinya bertudung bagi yang beragama Islam dan rambut diikat kemas bagi yang bukan Islam.

6. Persediaan dokumen
Membuat persediaan resume, salinan sijil dan sijil asal semasa temuduga. Pastikan resume lengkap dan mengikut format resume terkini. Sediakan salinan sijil-sijil yang berkaitan secukupnya dan jangan lupa buat cop salinan diakui sah oleh individu2 bertanggungjawab. Sbg contoh penghulu, ketua kampung, pejabat daerah dan lain2.

7. Korang rasa ada tips2 lain yg korang rasa sesuai. Sila komen. ^_^


Hindarkan diri dari:

1. Terlalu memilih pekerjaan aka berlagak dengan pencapaian akademik yang ada.




2 comments:

  1. Aduh, setakat ni semua interview saya fail ):

    ReplyDelete
  2. tips yg bagus :)..tips ilangkn nebes time interview gney plak oo :O

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...