Sunday, 23 March 2014

Perkara-perkara Makruh Dalam Sembahyang

PENGERTIAN :

a) Makruh mengikut jumhur ulama' bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan.
b) Makruh ialah perkara yang dilakukan dalam solat tidak membatalkan solat tetapi ia tidak disukai. Meninggalkan perbuatan-perbuatan ini adalah digalakkan dan mandapat pahala.
c) Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih ada.
d) Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.

ANTARA PERKARA-PERKARA MAKRUH DALAM SEMBAHYANG IALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.
2. Melakukan bacaan yang menyongsang dari susunan yang ada dalam Al-Quran.
3. Membaca dalam raka'at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalam raka'at pertama.
4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam sau raka'at yang sama atau dalam dua raka'at.
5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab yang perlu seperti melipat tangan baju, membetulkan rambut, mengusap-usap wajah dan seumpamanya.
6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.
7. Berpaling wajah ke kiri atau ke kanan dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa sebarang sebab. Berpusing kepasa sahaja adalah makruh (selagi dada tidak lari dari kiblat).
8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada kaki satu lagi.

Sumber : Kembara Ustaz

7 comments:

  1. Thanks Ejuzs. Peringatan yang baik. Ada yang kita lakukan tanpa sedar..

    ReplyDelete
  2. http://yanaarenaa.blogspot.com follow kmk =)

    ReplyDelete
  3. bgs2... saling ingat mengingati.. kdg2 tlpa jgk..

    ReplyDelete
  4. Singgah malam Juumaat di sini. DIGI for you...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...