Saturday, 12 July 2014

Masih hidup setelah tertimbus

Jika Allah nak matikan seseorang, tiada seorang pun yang akan menyelamatkannya. Dan jika Allah nak menyelamatkan seseorang, tiada seorang pun yang dapat membunuhnya.. Subhanallah.. Tgk video pada link di bawah.. Sedih tengok.. Anak kecil yang tertimbus masih boleh bernafas.. Subhanallah..


Mari kita sama2 doakan agar tiada penindasan di muka bumi ni lagi.. Semoga orang2 yang zalim mendapat pembalasan dariNya.. Amin.


SURAH AL-BAQARAH (AYAT 26-27)

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik. (26) (Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. (27)

SURAH  YUNUS (AYAT 85,86,88)

Lalu mereka berkata: Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. (85) Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir. (86)
Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya. (88)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...