Friday, 25 July 2014

Plan Arini..

Salam jumaat kawan2.. ^_^

Sebelum nak cite plan arini, ejulz nk citer pasal program semalam. Semalam ejulz terawih di Masjid Negeri, Sarawak. 2 orang anak buah ejulz ada tadarus kat sana. Malam tadi diorang diberi sumbangan dan duit raya oleh Lembaga Kemajuan Islam Sarawak.

Sebelum penyerahan sumbangan tersebut, majlis diserikan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh pelajar Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman kalau x silap ejulz. Bila dgr bacaan diorang, Masyaallah cerdik diorang ni. Bukan baca tapi hafal.. Seusia tu dah hafal ayat suci Al-Quran. Terbayang nak hantar anak ejulz nanti kat tadika tahfiz jugak.. hehe.. Insyaallah. Bila ejulz balik rumah, cerita la pasal anak2 kecik ni kat family ejulz. Diorang kata yuran bulanan tadika tu lebih kurang RM300 - RM500.. Ermmm, macam mahal je.. Dalam kepala ejulz, alangkah baiknya tadika tahfiz sebegini dibuka dengan yuran yang mempu dibayar oleh semua golongan termasuk golongan miskin bagi melahirkan ramai hafiz dan hafizah Malaysia.. Insyaallah, semoga hajat ejulz nak hantar anak2 ke situ menjadi kenyataan.. AMIN..

Then, hari ni rasa nak bawa bapa ejulz pegi beli barang2 raya.. heHe

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...