Saturday, 14 February 2015

Pemergian Tok Guru Nik Aziz diberi penghormatan di seluruh dunia

Seperti kita sedia maklum, Tok Guru Nik Aziz (TGNA) telah meninggal dunia pada malam jumaat lepas. Corak pimpinannya yang mengamalkan kepimpinan melalui tauladan, telah mewujudkan rasa hormat rakyat kepadanya. Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah seluruh dunia terutamanya ilmuan2 Islam.

Bila ejulz tengok kat facebook, ramai yang post pasal arwah TGNA. Ramai yang memuji corak kepimpinannya. Ramai yang memuji sikapnya yang bersederhana. Walaupun mampu hidup merah tapi memilih untuk hidup seperti rakyat yang lain. Yang mengharukan bila ejulz terdengar kat siaran radio bersama orang yang rapat dengannya. Sampai tandatangan dan menulis dengan pen kerajaan pun dia berhati2. Tak tekan kuat2. Berjimat katanya. Pen itu harta rakyat.. 

Dan ada artikel dari surat khabar tempatan yang mengatakan arwah adalah pemimpin yang bersih dari rasuah. Artikel tu membuatkan ejulz terfikir sesuatu. Semasa arwah masih hidup ejulz pernah terbaca dari akhbar tempatan dan media sosial yang mengatakan arwah terlibat dengan rasuah dan sebagainya. Ejulz bukanlah kenalan rapat dengan arwah. Tak tau la betul atau tidak. Tapi persoalannya sekarang, sekiranya semua itu fitnah sempatkah yang membuat fitnah itu meminta maaf kepada arwah?


Print Screen search google

21 comments:

  1. sedih... bila org ckp buruk kat dia... arwah seorang pemaaf... smg arwah tenang di sana...

    ReplyDelete
  2. miya sempat beberapa kali terserempak ngan arwah sebab umah dekat je ngan umah arwah...memang dia hidup sederhana je...hanya Allah yang tahu yang mana betol and yang mana salah...tapi arwah kan pernah bagitau yang dia dah maafkan semua orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la.. harap yg pernah buat fitnah insaf..

      Delete
  3. kami di kelantan sedey n sayu dgn pemergiannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sahaja rakyat kelantan. seluruh dunia merasai kehilangannya..

      Delete
  4. hilangnya sebutir permata.. yang jenis suka fitnah ni, biar Allah je hukum mereka..

    ReplyDelete
  5. yang suka tabur fitnah ni biarlah Allah yang hisab dorg nanti

    ReplyDelete
  6. Alfatehah utk arwah semoga roh nya dirahmati Allah

    ReplyDelete
  7. Akak pun tak faham la mcmn org tergamak buat fitnah pada beliau. Ejulz, cantik sgt blog ni. Akak suka template ni ada butterfly dan heart shapes.

    ReplyDelete
  8. al fatihah buat tok guru.. hentikan la segala fitnah ke atas arwah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...