Monday, 31 October 2016

SHARE & #TAG CONTEST


Terbuka kepada semua yang mempunyai akaun facebook..

Syarat2 nya mudah sahaja..

2. Cari gambar banner di atas. Share gambar tersebut dan letak #tag #EjulzBlogshop.
3. Pastikan letak setting pada PUBLIC.

Itu sahaja.. mudah kan? Jom kita memeriahkan contest ni.. :)




Sunday, 16 October 2016

Tafsir Al-Quran (Surah Al-Baqarah ayat 17-24)

17. Perumpamaan bagi mereka adalah seperti orang-orang yang menyalakan api, setelah menerangi sekelilingnya, Allah menghilangkan cahaya (yang menyinar) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.
18. Mereka tuli bisu dan buta, sehingga mereka tidak dapat kembali.
19. Atau seperti (orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, yang disertai kegelapan, peteri,, dan kilat. Mereka menutup telinga dengan jari-jemari, (menghindari) suara petir itu kerana takutkan mati. Dan Allah meliputi orang yang kafir.(12)
20. Kilat itu hampir-hampir menyambar penglihatan mereka. Setiap kali (kilat itu) menyinari, mereka berjalan di bawah (sinar) itu dan apabila kembali gelap, mereka berhenti. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya Dia menghilangkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sungguh,, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
21. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.
22. (Dialah) yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dialah yang menurunkan air(hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.
23. Dan jika kamu meragui (al-Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatlah satu surah yang sama dengannya dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
24. Jika kamu tidak mampu membuatnya, dan (pasti) tidak akan mampu, maka takutlah kamu akan api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir.

(12) Pengetahuan dan kekuasaan Allah meliputi orang-orang kafir.

Mu’jam (QS Al-Baqarah, 2:19)
Lafaz Al-Maut mengandungi beberapa aspek untuk ditinjau dari segi kehidupan. Pertama, tidak berfungsinya kekuatan pada makhluk Allah seperti manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan. Kedua, tidak berfungsinya panca indera. Ketiga, tidak berfungsinya akal yaitu ada dalam keadaan bodoh. Keempat, terlena dalam kesedihan di dalam kehidupan. Dan kelima tertidur kerana tidur ialah kematian sementara sedangkan kematian ialah tidur yang abadi. (Ar-Ragib Al-Asfahani, Mu’jam Mufradati Al-Fazil Qur’ani, 1431 H / 2010 M: 361)

Perumpamaan Hati Orang Munafik (QS Al-Baqarah, 2: 17-19)

Hadis Nabawi

Dari Abu Sa’id, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda “Hati itu ada empat macam, pertama hati yang bersih. Ia seperti lentera yang bercahaya; Kedua, hati yang tertutup. Ia terikat dengan penutupnya; Ketiga hati yang sakit; Dan keempat hati yang terbalik. Adapun hati yang bersih adalah hati orang beriman, ia seperti lentera yang bercahaya. Hati yang tertutup adalah hati orang kafir. Hati yang sakit adalah hati orang munafik, ia mengetahui yang baik namun mengingkari. Dan hati yang terbalik adalah hati yang di dalamnya ada iman dan nifak. Contoh keimanan adalah seperti tanah yang dapat memberikan air yang bersih sedangkan nifak adalah seperti bisul, di dalamnya hanya nanah dan darah. Maka di antara keduanya, yang paling kuat adakan mengalahkan lainnya.” (Hadis Riwayat Ahmad). (Ibnu Kasir, Tafsirul Qurani’l Azimi, Jilid 1, 1421 H/ 2000 M: 305)



Friday, 14 October 2016

Tafsir Al-Quran (Surah Al-Baqarah ayat 6-16)

6. Sesungguhnya orang-orang kafir,(8) sama sahaja bagi mereka, sama ada engkau (Muhammad) memberikan peringatan atau tidak kepada mereka mereka tidak akan beriman.
7. Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka,(9) penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat.
8. Dan ada di antara manusia yang berkata, “Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat,” padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.
9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanayalah menipu diri sendiri tanpa mereka sedar.
10. Dalam hati mereka ada penyakit,(10) lalu Allah menambah penyakitnya itu; dan mereka mendapat azab yang pedih kerana berdusta.
11. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Janganlah membuat kerosakan di bumi!”(11) Mereka menjawab, “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang melakukan kebaikan.”
12. Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
13. Dan apabila dikatakan kepada mereka,”Berimanlah kamu sebagaimana orang lain telah beriman!” Mereka menjawab “Adakah kami akan beriman seperti orang-orang yang kurang akal itu beriman?” Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang kurang akal, tetapi mereka tidak mengetahui.
14. Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman, mereka berkata,”Kami telah beriman.” Tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan (para pemimpin) mereka, mereka berkata,”Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok.”
15. Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan.
16. Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Perniagaan mereka itu tidak menguntungkan dan mereka tidak mendapat petunjuk.

(8) Kafir, perkataan jamaknya kuffar, iaitu orang yang tidak percaya kepada Allah, rasul-rasul-Nya, malaikat-malaikat-Nya kitab-kitab-Nya, dan hari kiamat.
(9) Sehingga nasihat atau hidayah tersebut tidak dapat masuk ke dalam hati mereka.
(10) Penyakit hati,, misalnya ragu-ragu dan tidak yakin akan kebenaran, munafik dan tidak beriman.
(11) Melanggar nilai-nilai yang ditetapkan agama akan mengakibatkan alam ini rosak bahkan hancur.


Tanda-tanda Orang Munafik (QS Al-Baqarah, 2:8)

Hadis Nabawi
Dari Abdullah bin ‘Amr bahawa Nabi SAW bersabda, “Empat hal apabila ada pada seseorang makan dia adalah seorang munafik tulen, dan barang siapa yang terdapat pada dirinya satu sifat dari empat hal tersebut maka pada dirinya terdapat sifat nifaq (kemunafikan) hingga dia meninggalkannya. Iaitu jika dipercaya ia khianat, jika berbicara ia bohong jika berjanji ia mengingkari dan jika berdebat ia bertindak tidak terpuji.” (Hadis Riwayat Bukhari, Sahihul Bukhari, Juz 1, No. Hadis 34, 1400H: 27-28).



Thursday, 13 October 2016

Tafsir Al-Quran (Surah Al-Baqarah ayat 1-5)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.

1.  Alif Lam Mim. (4)
2. Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,(5)
3. (Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan(6) sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka,
4. dan mereka yang beriman kepada (al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau,(7) dan mereka yakin akan adanya hari akhirat.'
5. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

(4) Beberapa surah dalam al-Quran dibuka dengan huruf abjad seperti Alif Lam Mim, Alif Lam Ra, dan sebagainya. Makna huruf-huruf itu hanya Allah yang tahu. Ada yang berpendapat bahawa hurf-huruf itu adalah nama surah dan ada pula yang berpendapat bahawa ia dugunakan untuk menarik perhatian, atau untuk mengisyaratkan bahawa al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab yang tersusun daripada huruf-huruf abjad tersebut.
(5) Takwa iaitu mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
(6) Pengertian menginfakkan harta di jalan Allah meliputi pelaburan untuk keperluan jihad, pembangunan perguruan, hospital, penyelidikan ilmiah, dan lain-lain.
(7) Yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW. ialah Taurat, Zabur, Injil, dan Suhuf-suhuf (lembaran-lembaran) yang tidak seperti kitab.


Solat sebagai Tiang Agama (QS Al-Baqarah, 2:3)

Hadis Nabawi
Dari Mu'az bin Jabal r.a, ia berkata, "Saya pernah bersama Nabi SAW dalam suatu perjalanan. Suatu pagi, saya berada dekat dengan baginda, saya berkata, 'Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepadaku tentang suatu amal yang akan memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka. "Baginda menjawab, 'Kamu telah menanyakan kepadaku tentang perkara yang besar, meskipun sungguh ia merupakan perkara ringan bagi orang yang telah dijadikan Allah ringan. Amalan itu adalah kamu beribadah kepada Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, kemudian berhaji ke Baitullah." Lantas baginda bersabda, 'Mahukah saya tunjukkan kepadamu pntu-pintu kebaikan? Amalan itu adalah puasa, puasa adalah perisai sedekah akan menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solat seorang lelaki pada pertengahan malam." Lalu baginda bersabda lagi, 'Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok agama, tiangnya dan puncaknya?' Saya menjawab, 'Ya, wahai Rasulullah'. Baginda bersabda 'Pokok agama adalah Islam, tiangnya adalah solat, sedangkan puncaknya adalah jihad'. (Hadis Riwayat At-Tirmizi, Sunan At-Tirmizi, Juz 5, No. Hadis, 2616, 1397H/1977M: 11-12)











Tafsir Al-Quran (Surah Al-Fatihah)

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.
3. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
4. Pemilik hari pembalasan.(1)
5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.(2)
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat.(3)

(1) Yaumiddin (hari pembalasan), hari ketika manusia menerima pembalasan daripada amalannya, sama ada baik atau buruk. Disebut juga sebagai yaumul  qiyamah, yaumul hisab, dan sebagainya.
(2) Jalan yang lurus, iaitu jalan hidup yang benar, yang dapat membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
(3) Mereka yang dimurkai, adalah mereka yang sengaja menentang ajaran Islam. Mereka yang sesat adalah mereka yang sengaja mengambil jalan lain selain daripada ajaran Islam.

Keutamaan Membaca Al-Fatihah dalam Solat (QS Al-Fatihah, 1: 1-7)

Hadis Qudsi
Abu Hurairah r.a berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,  "Allah berfirman 'Aku membahagi solat antara Aku dengan hamba-Ku, dan hamba-Ku mendapatkan sesuatu yang dia pinta. Apabila seorang hamba berkata, (Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam) maka Allah berkata, 'HambaKu memuji-Ku'. Apabila hamba tersebut mengucapkan, (Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang). Allah berkata, 'Hamba-Ku memuji-Ku'. Apabila hamba tersebut mengucapkan, (Pemilik hari pembalasan). Allah berkata, 'Hamba-Ku memuji-Ku'. Seterusnya Dia berfirman, 'Hamba-Ku menyerahkan urusannya kepada-Ku'. Apabila hamba tersebut mengucapkan, (Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan) Allah berkata, 'Ini adalah antara Aku dengan hamba-Ku. Dan hamba-Ku mendapatkan sesuatu yang dia minta'. Apabila hamba tersebut mengucapkan, (Tunjukilah kami jalan yang lurus,, (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat). Allah berkata, 'Ini untuk hamba-Ku, dan hamba-Ku mendapatkan apa yang dia minta." (Hadis Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Jus 2, No. Hadis 807:9)



#Ejulz bukanlah seorang yang pandai dan berilmu. sekadar taip semula dari tafsir Al-Quran. Harap perkongsian ini berguna dan bermanfaat ketika ejulz di 'sana' kelak. Insyaallah..


Tuesday, 4 October 2016

Mari belajar bahasa Sarawak - Part 15

Assalam dan salam sejahtera..

Lama dah rasanya ejulz dah tak kongsi bahasa Sarawak ni.. Nak baca yang lain2 boleh klik SINI k..


Kali ni ejulz nak kongsi perkataan  "JERIT"

Jerit dalam bahasa Sarawak adalah "NERAIS"



Harap bermanfaat kepada semua.. Tak dapat banyak, sikit pun ok kan? Sikit2 lama2 jadi bukit.. hehe.. Ada tengok cerita bibik-bibikku di TV3? Boleh faham x bahasa Sarawak dalam cerita tu? hehe..


Sudi2 la like page ejulz k ---> https://www.facebook.com/EjulzBlogshop/






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...